Just want to tell everyone that ISLAM IS THE REAL WAY OF LIFE

Rabu, 24 November 2010

::Tidak Membongkak Dengan Ilmu::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Namun masalah ujub (bongkak) dan tidak mengamalkan ilmu yang ada semakin lama semakin membarah di kalangan penuntut ilmu. Sungguh ramai penuntut ilmu mula mencari ilmu untuk kemegahan dan keuntungan dunia. Ada juga sebahagian daripada mereka mencari ilmu semata-mata untuk berdebat dan menguji ulama' yang ada.

Kegusaran Nabi Muhammad terhadap hal ini sememangnya diduga ketika Baginda masih hidup lagi. Oleh sebab itu, Rasulullah pernah memberi amaran kepada penuntut ilmu mengenai hal ini.


Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Jangan mempelajari ilmu untuk menyombong diri pada ulama', berbangga dengan orang yang jahil serta memilih majlis. Seseungguhnya barangsiapa yang melakukan hal itu dia akan masuk ke dalam neraka. " 
(Hadis Ibn Hibban dengan perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian terang Syu'aib Al-Arna'uth dalam semakan ke atas hadis Ibn Hibban).

Begitu juga dengan sesipa yang menuntut ilmu dengan niat ingin mendapat keuntungan dunia. Rasulullah memberi amaran keras terhadap golongan ini.

Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Seharusnya seseorang yang mempelajari sesuatu ilmu adalah untuk mendapat keredhaan Allah, namun jika dia mempelajarinya adalah kerana untuk memperoleh kesenangan dunia, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari Kiamat." 
(Hadis Ibn Hibban)

Oleh sebab niat yang tidak jujur dan ikhlas untuk menuntut ilmu kerana Allah, membuatkan ilmu yang ada hanya setakat lidah tanpa ada pengamalan. Sedangkan ilmu itu haruslah disusuli dengan amalan kerana ilmu adalah iman dan amal adalah makmum.

Yusuf Al-Qardawi dalam bukunya, Tafsir Fiqh As-Suluq fi Dhau Al-Quran wa As-Sunnah menulis : "Sesungguhnya musibah terburuk yang menimpa kehidupan dan menerpa umat manusia adalah orang alim yang perkataannya bertentangan dengan perbuatannya dan perbuatannya mendustakan perkataannya . Orang alim seperti ini adalah bencana untuk hamba Allah. Dan tindakannya itu adalah tindakan yang diperingatkan Al-Quran kepada orang beriman.

Firman Allah :

كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
"Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." 
(Surah As-Shaff : 3)

Maka tidak aneh apabila Rasulullah meminta perlindungan Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat.

Zaid bin Arqam meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak puas serta doa yang tidak dikabulkan." 
(Hadis Ibn Majjah)



*Dipetik daripada Dhiya’uddin SMAP Labu (29 Januari 2010)


~Moga-moga tajuk ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua pembaca.~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

::Amalan Ayatul Kursi::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah S.A.W. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis serta menyebarkannya.

a) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insya-Allah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T.

b) mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah", sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak lapan kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

c) Syeikh Abu Abas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

d) Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

e) Sabda baginda lagi : "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat kemudian berwudhuk dan bersembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan kejahatan pembesar."

f) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad.

g) Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah darpada gangguan serta hasutan syaitan.

h) Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri dan menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

i) Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

j) Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

k) Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

l) Barangsiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang malaikat memeliharanya sehingga subuh.

m) Barangsiapa membacanya diakhiri setiap solat fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain.



*Dipetik daripada Dhiya’uddin SMAP Labu (4 Mac 2010)


~Moga-moga tajuk ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua pembaca.~

モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

Isnin, 22 November 2010

::5 Syarat Nak Buat Maksiat::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim Bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat tolong berikan aku nasihat. "Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat. "Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.


"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" 


Ibrahim Bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari Mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!", tegas Ibrahim Bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"


"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tersembunyi yang dapat dilihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat keempat.


Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?


"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah, kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringimu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat iniaku bertaubat kepada Allah" katanya sambil terisak-isak.



*Dipetik daripada Dhiya’uddin SMAP Labu (4 Mac 2010)



~Moga-moga tajuk ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua pembaca.~

モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ 

::Ilmu Mendatangkan Kemuliaan::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي


“Ulama’ adalah pewaris nabi, dan nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Sehingga orang yang mengambilnya benar-benar mengambil bahagian yang sempurna.”

(Hadith Imam Bukhari)


Al- Imam Ghazali ketika membaca hadith itu menjelaskan :


“Sudah maklum, tidak ada darjat di atas darjat kenabian dan tidak ada kemuliaan di atas kemuliaan mewarisi darjat itu.”


Ibnu Mubarak pula hairan apabila tidak ramai yang menuntut ilmu, kerana katanya hanya dengan ilmu barulah kemuliaan akan hadir pada diri seseorang.





*Dipetik daripada Dhiya’uddin SMAP Labu (29 Januari 2010)




~Moga-moga tajuk ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua pembaca.~

モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ