Just want to tell everyone that ISLAM IS THE REAL WAY OF LIFE

Selasa, 15 Mac 2011

::Manisnya Kemuliaan::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Setiap insan semestinya menyukai kemuliaan. Tidak ada seorang pun yang sukakan kehinaan. Itu adalah fitrah yang semulajadi wujud dalam diri seorang manusia. Walaupun kemuliaan itu sendiri adalah berbeza-beza maknanyadaripada satu individu dengan individu yang lain, tetapi apa yang pasti, semuanya cintakan kemuliaan. Mungkin kepada seorang pelajar, menjadi pelajar yang terbaik adalah satu kemuliaan baginya. Seorang bapa mungkin akan merasa mulia apabila anaknya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kemuliaan bagi seorang guru mungkin apabila anak-anak muridnya menghormatinya dan berjaya dalam hidup mereka. Kemuliaan ini mungkin pelbagai erti dan definisinya kepada seseorang, namun yang pasti semua orang akan menyukainya. Bahkan merupakan satu fakta untuk mencapai apa yang dirasakan sebagai satu kemuliaan. Bagi seseorang itu, manusia hampir sanggup melakukan apa sahaja. Segala daya usaha dan kesungguhan akan dikerah, keringat akan diperah hatta air mata dan darah pun sanggup ditumpah. Asalkan perkara yang dilihat sebagai satu kemuliaan itu akan dapat dicapai. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan kemuliaan, ia memerlukan ilmu.


Apabila berkata soal ilmu ia pasti boleh dikaitkan dengan si pemberi ilmu sama ada ia merupakan seorang pelajar mahupun guru. Menjadi pelajar cemerlang pasti boleh dimiliki andai memperoleh keberkatan daripada seorang guru. Seringkali kita sebagai manusia sering lupa akan tanggungjawab sebagai pelajar. Tanpa kita sedari kata-kata dan perbuatan kita boleh menghiris hati dan perasaan seseorang guru. Biarpun guru itu tidak mengajar kita apatah lagi jika guru tersebut mengajar kita.




~ Moga-moga tajuk ini memberi manfaat kepada semua pembaca ~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

Isnin, 14 Mac 2011

::4 Kuadran Pembahagian Masa::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
1. PENTING dan SEGERA
Ini adalah tugas yang mesti dilaksanakan pada masa itu juga atau pada jangka waktu yang terdekat. Contohnya, ketua pejabat memintakita menyerahkan kerja pada pukul 10 pagi esok atau pensyarah meminta kita menyerahkan tugasan jam 1 petang nanti. Selalunya, kita dapat melaksanakan tugas dalam kategori ini dengan tepat. Kita mampu melaksanakannya dengan baik kerana didorong oleh kesegeraan dan kepentingannya. Jadi, masalah pengurusan masa kita selalunya tidak berlaku di sini.

2. PENTING tetapi tidak SEGERA
Perhatian dan kejayaan melaksanakan tugas dalam kategori kedua inilah yang membezakan antara individu yang berkesan dan yang tidak berkesan. Ya, kebanyakan perkara-perkara penting dalam kehidupan kita ini tidak termasuk dalam kategori "segera".
Kerja atau tugas dalam kategori ini berada di tahap sama ada  boleh dilakukan sekarang atau ditangguhkan pada satu waktu kemudian. Dan dalam banyak keadaan, selalunya perkara-perkara penting ini ditangguhkan terus (dan tidak pernah dilaksanakan langsung!). Itulah perkara-perkara yang tidak selalu berada di sekelilinh kita.
Contoh perkara-perkara dalam kategori ini ialah menghadiri program pengajian untuk menghayati solat, puasa dan akhlak kita, kursus yang perlu dihadiri untuk mempertingkatkan profesional., projek-projek baru yang perlu dikemukakan kepada bos kita, diet atau senaman yang perlu dimulakan, penyimpanan wang untuk mengerjakan haji dan lain-lain.
Walaupun semua perkara di atas sangat penting dan mesti dilaksanakan segera, dan jika kita gagal melaksanakannya bererti ibadah, kesihatan, kewangan, kerjaya dan kebajikan keluarga kita akan terjejas tetapi di situlah selalunya terjadi penangguhan.
Melaksanakan tugas dalam kategori inilah perlukan ketegasan. Dan selagi aktiviti hidup kita berpusat (atau terikat) dengan keutamaan-keutamaan orang lain atau pada sistem kerja yang meletakkan "kesegeraan" pada perkara-perkara lain, maka selamanya kita tidak akan dapat mengatur dan melaksanakan kerja mengikut keutamaan.
Tindakan yang mesti dibuat ialah "menyegerakan" perkara yang tidak segera ini kerana kepentingannya. Mungkin ini akan menyibukkan kita, tetapi kesibukan itu akan menambah keberkesanan kita. Ia akan mengelakkan "pengangguran" masa. Inilah juga yang akan mendisiplinkan hidup kita.

3. SEGERA tetapi TIDAK PENTING
Perkara atau kerja dalam kategori ini selalunya menuntut tindakan yang segera tetapi jika tidak diteliti secara objektif perkara ini sebenarnya kurang utama. Contohnya, kita diajak untuk menghadiri satu pertemuan, diminta berceramah secara tiba-tiba atau seseorang mengajak kita menemaninya membeli belah.

Kita mungkin telah menyedari bahawa perkara-perkara ini sepatutnya kurang diberi keutamaan, tetapi seseorang sedang menanti di hadapan meja kita atau di hujung talian telefon untuk mendapat jawapan. Akhirnya , kita bersetuju juga kerana kita tidak 'mampu' mencari alasan yang baik dan manis untuk menolaknya.


4. TIDAK SEGERA dan TIDAK PENTING
Kerja atau aktiviti di kuadran ini lebih tepat dinamakan kerja "menyibuk" atau pinggiran. Banyak perkara atau tugas pinggiran yang dilihat ada manfaatnya jika dilakukan tetapi sebenarnya ia tidak penting dan tidak segera. Kedudukannya, perkara ini tidaklah penting dan tidaklah segera. Tetapi ia kelihatan OK.
Malangnya, kita sering melakukannya lebih dahulu daripada perkara-perkara yang lebih penting dan utama kerana sifatnya yang diversionary, yakni memberi kita perasaan yang kita sedang aktif (sibuk) dan rasa telah memenuhi tugas sekali gus memberi kita alasan untuk menangguhkan pelaksanaan perkara-perkara dalam kategori ke-2 (penting tetapi tidak segera).
Contohnya, kita sedang ke pejabatnya pada hari Sabtu untuk melakukan kerja-kerja yang ditangguhkannya sebelum itu. Tetapi kemudiannya kita teransang untuk menguruskan bahan-bahan yang agak tidak tersusun di atas meja. Sambil melakukan pekerjaan itu, dia merasakan ada juga baiknya ia meluruskan laci-laci mejanya. Akhirnya, dia menghabiskan seluruh waktu pagi hari itu dengan mengatur laci dan fail.
Dalam hati kita mungkin rasa bersalah dan tidak puas hati kerana tidak berjaya melaksanakan kerja yang hendak dilakukan, tetapi hati kita cepat memberi alasan untuk mententeramkan diri sendiri dengan justifikasi bahawa kita sebenarnya sibuk melakukan perkara yang bermanfaat juga.
Padahal hakikatnya, kita telah "mempermainkan" dirinya sendiri (atau boleh dikatakan juga menipu diri sendiri) kerana melakukan kerja-kerja yang tidak penting, hanya untuk memberi alasan baginya untuk terus menangguhkan kerja-kerja yang jauh lebih penting seperti yang dirasakan lebih awal. Ingatlah :
"Musuh kepada perkara-perkara yang terbaik biasanya ialah perkara-perkara yang baik".



*Dipetik daripada Majalah Solusi Isu # 5.

~Moga-moga tajuk ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua pembaca.~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ