Just want to tell everyone that ISLAM IS THE REAL WAY OF LIFE

Jumaat, 21 November 2014

Kenapa Lama Menyepi?

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah setahun saya tinggalkan blog ini.
Berhabuk kan?

Tiuplah sikit. :D

Persoalan yang 'confirm' timbul di dalam benak fikiran anda,
"Kenapa lama menyepi?"
Yalah. Mana taknya.
Di Facebook punyalah aktif.
Twitter & Instagram apa kurangnya.


Datang ke mari soalan tadi,
"Kenapa lama menyepi?"
Haaa.. Begini.
Let me explain the reasons.

Biasa tengok orang 'deactivate' laman sosial kan?
Dalam kalangan kawan kita,
Mesti ada yang pernah buat macam ini dengan tujuan & sebab-sebab yang tertentu.
(Ke anda sendiri yang buat?) :D

"Kiranya, kau ikut orang lah ni?"

Eh, taklah.
Saya memang saja tinggalkan blog ini untuk tempoh yang tertentu.

Jawapan bagi soalan "Kenapa lama menyepi?" :

1. Mencari waktu yang lapang & menenangkan untuk adaptasi laman ini.

"Aku rasa kau ada banyak je masa lapang.
Kalau tak, macam mana boleh 'update' di laman sosial yang lagi 3 itu?"

Ya. Memang tak dinafikan.
Saya memang punya waktu yang lapang.
Tapi jarang sekali saya dapat waktu yang lapang & menenangkan.
Ketenangan itu sangat saya perlukan untuk mencari idea & berfikir dengan baik.

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."
(Surah Ar-Ra'd : Ayat 28)

2. Mengadaptasi 'template' & gajet-gajet di dalam blog ini.

Kalau anda perasan sebelum ini, 
(Kalau perasan la)
Blog ini kelihatan gelap,
Tapi diceriakan dengan gajet-gajet seperti jam, perkataan yang bergerak, gambar-gambar & sebagainya.

Sekarang, kelihatan agak lain.
Bilangan gajet pun dah berkurang.
Untuk tujuan apa saya berbuat demikian?
Dah dijawab di nombor 1 tadi.

إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَال
"Sesungguhnya Allah itu cantik & suka akan kecantikan."
(Hadith riwayat Muslim & At-Tirmidzi)

"Boleh 'screenshot' sikit gambar template yang lama?
Nak tengok rupanya."

Err.. Bukan tak nak, tapi terlupa.
Hehehe..
Boleh bayangkan kan rupanya macam mana? :D

3. Penyakit hati yang kronik yang sering bersarang.

Inilah sebab utama kenapa saya lama tinggalkan blog ini.

"Penyakit hati?
Kau kena kanser ke? Ke hepatisis?"

Bukan penyakit hati yang itu.
Itu penyakit hati fizikal.
Maksud saya, penyakit hati rohani.
Bangga diri, menunjuk-nunjuk, membesarkan diri, sombong, iri hati, hasad dengki & sebagainya.

Nampak biasa, tapi sangat berbisa.
Siapa yang nak dekat dengan orang yang punya penyakit-penyakit hati ini?
Tuhan yang menciptakan hati ini pun tak nak.

َاَللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ, صَرِّفْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَا عَتِك
“Ya Allah, Tuhan yang mengarahkan hati-hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMu.”
(Hadith Riwayat Muslim)

اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك
“Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMu.”
(Hadith Riwayat Tirmidzi)

Menjawab soalan kan?

"Apa? Menjawab?
Kau memang suka menjawab erk?"

-_-  Nak tahu lebih lanjut?
Tak payah tanya dah.
Saya tak nak jawab. :D


モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ