Just want to tell everyone that ISLAM IS THE REAL WAY OF LIFE

Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Disember 2011

::Kecantikan Susunan Huruf-Huruf Hijaiyyah::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Mungkin ada yang tertanya-tanya, "Apa itu huruf hijaiyyah?". Baiklah. Maksud huruf-huruf hijaiyyah adalah huruf-huruf yang terdapat dalam bahasa arab iaitu :
ي و ه ن م ل ك ق ف غ ع ظ ط ض ص ش س ز ر ذ د خ ح ج ث ت ب أ. Huruf-huruf ini jugalah yang terdapat dalam kalam Allah, Al-Quran.

"Apa yang cantik sangat susunan huruf-huruf tersebut?". Nak tau? Dengarkan lagu ini. Lagu ini dinyanyikan oleh seorang penyanyi yang asalnya bukan Islam, tetapi kini seorang yang bergelar Muslim kerana hidayah yang diperolehnya daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Siapa lagi kalau bukan Yusuf Islam yang dahulunya dikenali dengan Cat Stevens. Lagu ini bertajuk 'A Is For Allah'. Mari dengarkan bersama.

*Sila tekan butang 'pause' sebentar pada 'music player' di bawah sebelum mula menonton.


Kesimpulannya, setiap huruf yang terdapat dalam Bahasa Arab mempunyai maksud yang ada kaitan dengan Islam. Cantikkan Islam itu. Segala perlakuan kita ada kaitan dengan Islam.


~ Moga-moga tajuk ini memberi manfaat kepada semua pembaca ~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

Rabu, 21 Disember 2011

::Islam Hanya Pada Nama::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Manusia adalah satu-satunya makhluk Allah Subhanahu Wata'ala yang paling sempurna di muka bumi ini. Dilahirkan dengan adanya semua pancaindera yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian sesempurna yang mungkin. Setiap ibu bapa pula akan memberikan nama kepada anak mereka yang baru dilahirkan. Mereka memberikan nama yang terbaik kepada anak mereka dengan harapan agar anak tersebut menjadi sepertimana maksud nama yang diberikan. Ada juga yang inginkan nama yang 'sedap-sedap' untuk anak mereka. Tetapi yang pasti, nama yang diberikan adalah yang bermakna bagi mereka.

Namun, akhir-akhir ini, manusia bergelar Islam tidak pernah memahami dan menghayati erti nama yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka. Oleh kerana mereka tidak hayati erti nama mereka, mereka akan bertindak mengikut kehendak mereka tanpa mengikut peraturan agama yang perlu dipatuhi. Ini kerana takrifan nama yang diberikan kepadanya kebanyakannya ada kaitan dengan Islam. Jika mereka tidak menghayati erti nama merka maka mereka tidak akan bertindak sepertimana yang dikatakan Islam itu. Golongan inilah yang dikatakan ISLAM HANYA PADA NAMA.

Nama fetival dah sedap, Islamic Fashion Festival tetapi tidak tutup aurat.

Golongan ini boleh dikatakan golongan majoriti dalam kalangan umat Islam akhir zaman ini. Jika kita lihat, seringkali berlaku gejala-gejala dan sifat-sifat negatif seperti mencuri, berzina, minum arak, 'clubbing', buang anak, aurat tidak dipelihara dengan sempurna, derhaka kepada kedua ibu bapa dan sebagainya dan golongan yang terlibat adalah yang bergelar Islam.


Ini menunjukkan bahawa rendahnya Iman mereka sepertimana yang disabdakan oleh junjungan besar, Nabi Allah Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu yang bermaksud ;

"Seseorang yang hendak berzina , tidak akan melakukan zina itu semasa dia berkeadaan sempurna imannya, dan seseorang itu hendak minum arak, tidak akan minum arak itu semasa dia berkeadaan sempurna imannya,, dan seseorang yang hendak mencuri, tidak akan melakukan perbuatan itu semasa dia berkeadaan sempurna imannya."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini menunjukkan bahawa Iman itu dapat mencegah seseorang itu daripada melakukan perbuatan mungkar. Jadi, ingatlah semua yang bergelar Islam, hargailah nama  yang telah diberikan oleh ibu bapa anda kerana nama yang mereka berikan bukanlah nama yang tidak bermakna malah ia adalah yang terbaik untuk diri anda sendiri. Saya ingin menyeru kepada semua yang bergelar Muslim agar anda senantiasa bertindak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dalam apa jua keadaan. Moga-moga kita tergolong ke dalam golongan yang senantiasa mendapat rahmat Allah Subhanahu Wata'ala. Amin.




~ Moga-moga tajuk ini memberi manfaat kepada semua pembaca ~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

Jumaat, 9 Disember 2011

::Realiti Islam Akhir Zaman::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Islam adalah sebuah agama yang senantiasa menitikberatkan nilai-nilai yang baik di dalamnya. Penganut-penganutnya sering diajar dengan perkara-perkara yang mulia yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian. Mereka juga sering disibukkan dengan aktiviti yang boleh mendatangkan kemuliaan serta kesejahteraan kepada mereka di dunia mahupun di akhirat kelak. Dengan itu, mereka tidak akan mensia-siakan masa terluang mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Namun begitu, perkara-perkara tersebut hanya diamalkan pada zaman Rasul Allah Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam, zaman para sahabat, zaman tabi'in dan tabi' tabi'in. Umat Islam zaman kini tidak seperti dulu. Apa yang amalan pernah diamalkan pada zaman Rasul Allah Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam, zaman para sahabat, zaman tabi'in dan tabi' tabi'in ditinggalkan. Akhlak yang mulia serta sifat yang mahmudah sering dijadikan bahan mainan. Ibadah yang wajib dilaksanakan sering diabaikan. Kebanyakannya Islam hanya pada nama.

Ini yang dikatakan oleh Nabi Muhammad Sallahu 'alaihi Wasallam di dalam hadithnya yang bermaksud ;

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat Radhiallahu 'anhu pun bertanya ;

"Apakah pada ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Baginda menjawab ;

"Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di lautan."

Saksikan video ini. Video ini menunjukkan betapa runtuh dan mundurnya Islam zaman ini yang pernah dibangunkan oleh Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi Wassallam pada suatu ketika dahulu.


*Sila tekan butang 'pause' sebentar pada 'music player' di bawah sebelum mula menonton.



Ambillah iktibar daripada video tersebut. Sesungguhnya Islam adalah satu-satunya agama yang benar di sisi Tuhan. Allah Subhanahu Wata'ala ada berfirman dalam Al-Quran Al-Karim ;


إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya."
(A-li'Imraan 3:19)

Jadi, apa tunggu lagi? Adakah anda hanya ingin membiarkan agama yang anda anuti ini yakni Islam mundur? Adakah anda hanya ingin menjadi seperti buih di lautan sepertimana yang dinyatakan oleh Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam?
Wahai saudara-saudara Islamku sekalian, bangkitlah daripada kejatuhan. Marilah sama-sama kita menegakkan kalimah yang paling agung iaitu kalimah "La ilaha illallah, Muhammadu Rasulullah".





~ Moga-moga tajuk ini memberi manfaat kepada semua pembaca ~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

Selasa, 6 Disember 2011

::Zikrullah Penenang Jiwa::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Manusia inginkan kedamaian dan ketenangan. Banyak usaha yang telah dibuat oleh akal manusia untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Antaranya ialah dengan meluahkan perasaan kepada pihak yang sanggup menerima pengaduan serta mendengar segala permintaan. Beberapa sistem meditasi telah diperkenalkan tetapi kebahagiaan dan kedamaian tidak juga diperolehi.

Setelah manusia mencapai satu tahap tamadun yang tinggi maka penyelesaian hampir diperolehi menerusi latihan yang dibuat dalam bentuk pemusatan pemikiran. Dengan wujudnya latihan pemusatan pemikiran maka beberapa masalah tekanan jiwa secara beransur-ansur dapat diatasi. Unsur pemusatan pemikiran itulah yang terdapat dalam satu amalan yang digalakkan  terhadap umat Islam yang dikenali sebagai ZIKIR.

Islam menggalakkan amalan zikir. Al-Quran ada menyebut beberapa kali tentang pentingnya berzikir dan yang paling jelas ialah sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Al-Baqarah, ayat 152 :

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)."
(Al-Baqarah 2:152)

Zikir sebenarnya bukan sahaja merupakan pengucapan atau ungkapan yang dikenali dengan nama Tahlil, Tahmid, Takbir dan Tasbih malah juga termasuk dalam setiap jenis amalan yang dilakukan untuk mentaati Allah Subhanahu Wata'ala. Pada lahirnya ia muncul dalam bentuk pergerakan lidah dan restu daripada hati.



Antara objektif zikir adalah :

1. Menyusuri nikmat-nikmat Allah yang telah dikurniakan.
2.  Untuk mendampingi Allah.
3. Mengamalkan zikir-zikir yang ma'thurah (amalan-amalan Rasulullah dan para sahabat)

Zikir terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :


1. Zikir dengan lidah seperti bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, berselawat dan membaca Al-Quran. 
2. Zikir dengan hati iaitu memikirkan dan mengingati dengan hati tentang kebesaran dan kekuasaan Allah seperti kejadian langit dan bumi.
3. Zikir dengan menunaikan segala bentuk ketaatan seperti mengerjakan ibadah solat, puasa, haji, berjalan ke tempat-tempat ibadat dan majlis-majlis ilmu.

Unsur-unsur yang terkandung dalam zikir pula adalah :
1. Puji-pujian dan doa kepada Allah.
2. Istighfar dan memohon sesuatu kepada Allah.
3. Bacaan beberapa potong ayat Al-Quran (unsur inilah yang paling digalakkan).

Kaedah zikir yang boleh diguna pakai adalah :
1. Hendaklah diusahakan dengan seberapa yang boleh untuk memusatkan fikiran dan perasaan hanya kepada Allah.
2. Meneguhkan keyakinan terhadap kesediaan Allah menerima amalan-amalan yang dilakukan
3. Menanam keyakinan bahawa Allah tidak mengenepikan permintaan dan harapan.
4. Menyatakan segala sebutan dengan terang dan jelas.
5. Menggunakan suara yang sederhana.


~ Moga-moga tajuk ini memberi manfaat kepada semua pembaca ~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

Khamis, 30 Disember 2010

::Tip-tip Mengenal Diri Mukmin Atau Munafik::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
  
Sesungguhnya orang mukmin itu tujuannya adalah di dalam solat dan berpuasa,



Sedangkan orang munafik disibukkan rakus dan panjang angan-angan.


Orang mukmin putus harapan dari setiap orang selain Allah.


Sedangkan orang munafik mengharapkan setiap orang kecuali Allah.

Orang mukmin menghulurkan hartanya kerana agama Allah.

Sedangkan orang munafik menghulurkan agamanya demi kepentingan hartanya.

Orang mukmin merasa aman dari semua orang kecuali dari Allah.

Sedangkan orang munafik takutkan semua orang kecuali kepada Allah.

Orang mukmin berbuat baik tetapi tetap menangis.

Sedangkan orang munafik berbuat jahat tapi masih boleh ketawa.

Orang mukmin suka menyendiri dan beruzlah.

Sedangkan orang munafik suka bercampur serta mengikut rombongan.

Orang mukmin menanam dan khuatir akan kerosakannya.

Sedangkan orang munafik mencabut dan mengharapkan hasil tuaiannya.

Orang mukmin memerintah dan melarang kerana agama serta mengerjakan kebaikan.

Sedangkan orang munafik melarang kerana kepimpinan serta memusnah,

Malahan dia menyuruh yang munkar dan menegah yang makruf.

• Madah Imam Al-Ghazali.

‘Bertanyalah orang yang berilmu sekiranya kamu tidak mengetahui’


~Moga-moga tajuk ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua pembaca.~

モハマド ジュワイディ ビン モハマド ジョハリ

Rabu, 29 Disember 2010

::Islam Agama Pertengahan::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Perbualan hari ini bermula dengan kesugulan dan keraguan. Penuh penyesalan yang tidak keruan.


"Aji, aku nak cakap sikitla", bisik sang teman nada keluhan.



"Kenapa? Ceritala kat aku. Meh cite meh..." balas saya cuba menenangkan keadaan.



"Aku rasa tak bersemangat la nak bawak dakwah ni... perangai aku tak elok, percakapan aku selalu menyakitkan hati orang..."

"Perangai tak elok? Yeke? Apa yang percakapan ko yang menyakitkan hati orang?" terkejut mendengar aduan begitu keluar dari mulut sang adam yang sopan dan lembut orangnya...

"Tak tahulah... sedar-sedar esoknya dah tak nak kawan aku dah. Tak nak cakap dengan aku dah..."

"Aik? Perempuan ke? Terlebih sensitive kot...???" cuba meneka dan menembak sahaja.

"Tak... Lelaki..." ada riak kecewa dan sedih di kerut wajahnya. Saya faham benar perasaan dan jiwanya, tak sanggup memalukan dakwah dengan kekurangan dan kekhilafannya. Tidak mahu memalukan Islam dengan ketidaksempurnaan dirinya. Tetapi dia terlalu rapuh untuk itu.



Namun di suatu sisi lain kehidupan seharian...

"Apa yang mereka ingin aku ubahkan? Apa yang ingin mereka tegurkan? Mereka tidak tahu cara nabi dan sahabat bukan hanya dengan kelembutan. Setiap insan punya kegemaran, kalau tidak gemar dengan cara aku janganlah dengar apa yang aku cakapkan. Pergilah cari insan dakwah yang penuh kelembutan! Aku begini dengan matlamat dan tujuan, bukan sengaja berdondang sayang meminta pujian!" tegas seorang teman penuh keyakinan.

"Bukan suruh jadi lembut dan tak kena cara, cuma jangan biar objek dakwah lari dari Islam kerana kekurangan dan kesilapan kita, itu sahaja..." nasihat saya buat orang agama.

Manusia ibarat pasir.



Boleh dijadikan sekeras dan setajam kaca.


Boleh juga dijadikan selembut dan se'gemalai' tanah liat.

Umat Islam umat pertengahan.



Kita Bukan Ekstrimis


Tiada istilah ekstrimis dalam agama.


"Hari ini aku rasa lebih 'feel' untuk beribadat, aku mahu menambah bilangan sujud dan rakaat!"



"Kita harus berpuasa setiap hari untuk mendapat keredhaan dan ruh ilbadah yang sejati"

"Kita harus membayangkan nama-nama Allah sebelum kita menyuap makanan ke mulut supaya kita makan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan tentang saudara-saudara kita yang kelaparan."

"Jika kau tidak mampu menandingi cinta Allah padaku, janganlah mengharapkan cinta dari diriku"

"Nabi manusia paling agung pun beribadat dengan banyak, maka aku harus beribadat tanpa henti untuk mendapat kasih sayang Allah."



"Aku mahu berpuasa dan tidak mahu berbuka."

"Aku mahu beribadah dan tidak mahu tidur."



"Aku ingin mentauhidkan Allah dan tidak mahu kahwin."


Namun sesungguhnya nabi kita pernah bersabda,

"Akulah orang yang paling takut dengan Allah, namun aku juga tidur dan berkahwin, barangsiapa yang membenci sunnahku, dia bukanlah dari kalanganku." 
(Hadis Riwayat Muslim)



Sengaja Meringan-Ringankan

Berlebihan di dalam 'kekurangan' juga tidak digalakkan. Apatah lagi yang sengaja meringan-ringankan.


"Solat yang wajib je dahla, yang lain kan sunat 

je..."


"Tidak perlulah kita menunjukkan kebaikan, bukankah Tuhan faham niat dan keikhlasan dalaman?"

"Orang-orang Palestin tak perlukan apa-apa pertolongan, cukuplah kita hanya sedekahkan doa harian."

"Nabi kan utusan Tuhan, mana boleh lawan... Buat biasa-biasa dahla, tak payahla nak alim sangat."

"Kalau Tuhan mahukan kebaikan dan kemenangan, Tuhan mampu buat dengan sekelip mata, kita doa dan serahkan sahaja pada Dia, apa yang nak di sibuk-sibukkan..."

"Syurga neraka kan dah ditentukan, apa yang nak dirisaukan. Kalau syurga, syurga juga. Kalau neraka, neraka juga, enjoy je la kehidupan selagi ada nyawa di badan."

"Percayalah pada Tuhan, kita pasti diberi kemenangan."


إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ 
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka"
(Surah Ar-Ra'd, 11)


Setiap yang berlebihan itu pasti banyak keburukannya. Berlebihan dalam terasa, mahupun berlebihan dalam tidak terasa. Berlebihan dalam beramal, mahupun berkurangan dalam beramal.


Buat teman yang sedih dengan teguran tentang kekurangan dan kesilapan diri, anggaplah ia sebagai peringatan dan tauladan. Mungkin ada yang 'gentleman' dan berdepan memberi teguran, tapi mungkin juga ada yang 'kasar' dan suka memerli dalam menyampaikan. Namun itu semua lumrah dalam kehidupan insan, perlu diingatkan dan disampaikan.



Buat teman yang tidak selesa dengan teguran tentang kekurangan dan kesilapan diri, insaflah dengan bantuan iman. Jangan biarkan syaitan merasuk pemikiran, menghasut insan bangga dengan segala kelakuan.


Islam Agama Pertengahan


Semoga kita merendah diri dalam ketinggian ciptaan,

dan meninggi diri dalam mencontohi insan utusan!


~Moga-moga tajuk ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua pembaca.~

モハマド ジュワイディ ビン モハマド ジョハリ
 

Rabu, 24 November 2010

::Amalan Ayatul Kursi::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah S.A.W. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis serta menyebarkannya.

a) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insya-Allah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T.

b) mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah", sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak lapan kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

c) Syeikh Abu Abas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

d) Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

e) Sabda baginda lagi : "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat kemudian berwudhuk dan bersembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan kejahatan pembesar."

f) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad.

g) Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah darpada gangguan serta hasutan syaitan.

h) Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri dan menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

i) Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

j) Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

k) Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

l) Barangsiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang malaikat memeliharanya sehingga subuh.

m) Barangsiapa membacanya diakhiri setiap solat fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain.



*Dipetik daripada Dhiya’uddin SMAP Labu (4 Mac 2010)


~Moga-moga tajuk ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua pembaca.~

モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

Sabtu, 18 September 2010

::Kenali Islam::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي

Islam ialah sebuah cara dan kaedah hidup yang boleh dan akan diterima oleh semua lapisan masyarakat , tanpa perbezaan bangsa , bahasa dan negara. Asas ajaran Islam sangat-sangat mudah ia itu “Lailaha Illallah , Muhammadar Rasullullah”, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad Itu pesuruh Allah. Islam ialah asal dan asas kehidupan setiap orang manusia. Untuk mengenali agama Islam , kita hanya perlu mengenal siapa diri kita dan untuk apakah kehidupan ini . Ramai manusia termasuk orang yang beragama Islam sendiri tidak dapat menerima Islam dengan sepenuh hati mereka kerana mereka tidak mengenal dengan Islam.


Sebenarnya ! Tiada sebarang ajaran khas di dalam Islam . Islam bukanlah sebuah agama atau falsafah ; Islam hanyalah sebuah cara dan kaedah hidup yang mudah , selamat dan sempurna. Jika kita ingin terangkan Islam dalam sebaris perkataan ia boleh dikatakan sebegini , “Islam ialah sebuah gaya dan cara hidup yang bersih , mudah , suci dan selamat bagi setiap orang manusia”.


Sesuatu yang paling ramai takut dengan Islam ialah hukumannya . Hukuman Islam sangat-sangat berat tetapi tujuan hukuman tersebut ialah untuk mengelakkan kesalahan berlaku dan menghalang jenayah dan bukan untuk menyeksa manusia. Tujuan utama undang-undang Islam ialah untuk menjaga hak anda , menjaga  keluarga anda ,  untuk menyelamatkan harta anda , untuk menyelamatkan diri anda  , melindungi kaum wanita dari menjadi mangsa rogol , untuk menyelamatkan manusia yang lemah , dan  tiada tujuan  lain.


Motif utama semua agama di dunia ini ialah untuk menyelamatkan semua manusia dari dunia ini dan membawanya ke dunia berikut dengan selamat. Semua agama di dunia ini memberikan peringatan , amaran dan mengajar manusia tentang dunia ini dan asal manusia supaya dia menyedari tentang dirinya dan buat persediaan untuk meninggalkan dunia ini dan maju ke dunia berikutnya.


Islam hanya mengajar manusia tentang dunia berikut sahaja , Islam tidak mengajar manusia tentang rahsia dunia ini kehidupan ini kerana seorang pesakit hanya perlu mengetahui sedikit tentang penyakitnya dan rawatan yang diberikan. Dia tidak perlu mengetahui secara mendalam dan secara saintifik tentang asal usul penyakit dan rawatan tersebut. Kalau pun diterangkan , sudah pasti tidak akan faham. Hanya doktor yang perlu mengetahui segala-galanya tentang penyakit dan perubatan bukan pesakit. Kalau pesakit tahu cara mencegah penyakit sudah memandai.


Allah Maha mengetahui , Dia kenal segala jenis penyakit dan kelemahan manusia , Dia terus memberikan ubat dan mengajar cara-cara mencegah penyakit . Seorang yang membeli atau membawa kereta tidak perlu belajar cara membina enjin , gear box dan sebagainya. Dia hanya perlu belajar cara memandu dan menjaga kereta tersebut sahaja. Pembinaan kereta , membaiki kereta dan sebagainya akan diuruskan oleh seseorang khas yang ada kebolehan untuknya.


قُلْ آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنزِلَ عَلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَالنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ
Katakanlah:”Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri”. 
(Aali Imraan: 84)



~Moga-moga tajuk ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua pembaca.~

モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ