Just want to tell everyone that ISLAM IS THE REAL WAY OF LIFE

Memaparkan catatan dengan label Teknik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknik. Papar semua catatan

Isnin, 23 Januari 2012

::Teknik-Teknik Menghafal Al-Quran::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Anda dah hafal ayat-ayat suci Al-Quran? Sudah? Alhamdulillah.
Bagaimana? Senang ke susah?
Senang? Susah?
Ikut cara masing-masing.



Untuk catatan kali ini, ana ingin berkongsi sedikit tentang tip-tip untuk mengahafal ayat suci Al-Quran. Ada beberapa cara yang boleh diguna pakai sebagai panduan untuk mengahafal tetapi ianya mengikut kemampuan diri sendiri. Tip-tip tersebut adalah seperti yang berikut ;

A) Teknik 'Chunking'
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar muka surat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Quran kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B) Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat yang seterusnya.
3. Selepas mengahafal setiap setengah muka surat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu muka surat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat yang seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Quran seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.


C) Teknik Tumpu Dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, muka surat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mata dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau muka surat tersebut dengan minda.


D) Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.


E) Teknik Mendengar Kaset
1. Pilih seorang qari yang baik seluruh Al-Quran atau beberapa qari bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Quran dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu pengahafalan.


F) Teknik Merakamkan Suara
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut.
3. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.


G) Teknik Menulis
1. Tulis kembali muka surat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal muka surat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.


H) Teknik "Pointers" dan "Keyword"
1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu muka surat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi muka surat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.


I) Teknik Menghafal Sebelum Tidur
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisinya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal.
4. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.


J) Teknik "Mindmaping"
1. Bagi setiap juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut di cabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.


Ana berharap agar panduan-panduan yang telah tersenarai di atas membantu semua pembaca untuk mengahafal ayat suci Al-Quran dengan baik. InsyaAllah.


~ Moga-moga tajuk ini memberi manfaat kepada semua pembaca ~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

Ahad, 6 November 2011

::Panduan Meningkatkan Daya Ingatan 2::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
FAKTOR YANG MELEMAHKAN MINDA

Antara penyebabnya :

· Makan kepala ikan.
· Organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
· Makan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
· Makan makanan ringan dan makanan segera.
· Makan berlebihan , makanan yang terlalu berlemak dan kandungan gula tinggi
· Makan bawang mentah
· Makan makanan atau buah yang masam secara kerap ( jeruk, asam )
· Pengambilan kafein yang terlalu banyak ( kopi, nestcafe )
· Minum antara suapan makan , maksudnya jangan minum sebelum anda selesai makan.
· Minum minuman bergas dan beralkohol
· Sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju , gusti , dan sebagainya. Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa . Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil ‘dopamin’akan berkurangan di dalam sel-sel otak . Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.
· Merokok
· Kepala terdedah kepada panas terik cahaya matahari antara pukul 10.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang.
· Tidur pada waktu asar
· Kurang tidur
· Tidur pada tengkuk ( belakang kepala )
· Fikiran runsing, stress dan hati sedih
· Melakukan maksiat dan dosa
· Tekanan darah tinggi



MAKANAN YANG BAIK UNTUK OTAK

Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. , kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat meningkatkan kekuatan otak dan sistem saraf kita. Banyak kajian yang menyatakan, pemilihan makanan yang tepat dapat meningkatkan kekuatan otak sehingga 50%. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -


· Buah – buahan ( anggur hitam, kurma, buah delima, blue berry )
· Sayur – sayuran ( lobak merah, halia )
· Ulam – ulaman ( pegaga, daun sadri, kemangi )
· Tumbuhan herba ( ginkgo biloba )
· Bijirin dan kekacang ( badam, walnut, kacang soya, kacang a’das, biji labu, kismis, habbatus sauda )
· Roti
· Air ( air mineral, air zam zam, madu, susu, air soya, kopi )
· Minyak ( minyak ikan, minyak zaitun, minyak rosemary, minyak sage )
· Ikan tuna
· Telur ayam
· Daging ayam
· Vitamin B ( Thiamine (B1), Niacin (B3), Pyridoxine (B6), Complex (B12) )

Apa yang penting, makanan tersebut mestilah halal, segar, baik, seimbang, tiada bahan pengawet, tiada perasa tiruan dan tiada pewarna tiruan.




~ Moga-moga tajuk ini memberi manfaat kepada semua pembaca ~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

Sabtu, 27 Ogos 2011

::Panduan Meningkatkan Daya Ingatan::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Adakah anda sering lupa? Kemungkinan kemampuan otak anda untuk mengingat sudah mulai menurun.
Sebenarnya, lupa adalah proses permulaan mengingat sesuatu. Perlu anda ketahui, kemampuan daya ingat manusia umumnya terbahagi kepada tiga peringkat iaitu mengingat, merekam, dan mendapatkan kembali. Tapi, adakah daya ingatan boleh ditingkatkan ? Bagaimana caranya?


1. Sentiasa mengingati Allah

Yang paling penting ialah ingat Allah s.w.t. sentiasa dengan berzikir. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kepadaNYA.



2. Mengamalkan puasa

Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda.

3. Berdoa
Berdoalah kepada Allah s.w.t. agar anda diberikan kekuatan daya ingatan, hati yang tenang, dan minda yang cerdas.


4. Membaca dan menghafal Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.



5. Relaksasi secara teratur

Salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan ingatan adalah berusaha mengendorkan ketegangan seluruh otot tubuh sebelum mempelajari sesuatu yang baru. Mengikut kajian, relaksasi otot dapat mengurangkan kecemasan yang sering dirasakan seseorang ketika berusaha mempelajari hal baru.



6. Bersenam secara teratur

Selain meningkatkan kekuatan fizikal, bersenam juga dapat membantu fungsi ingatan kita dengan menjamin bekalan oksigen dan darah ke otak. Bersenam juga menstimulus endorfin, iaitu neurotransmitter yang terkait dengan perasaan senang, yang dapat meningkatkan keceriaan dan menjadi pemicu untuk pembelajaran dan ingatan. Setengah jam melakukan senaman sebanyak tiga kali dalam seminggu cukup untuk membantu pada peningkatan kekuatan otak.



7. Menjaga kesihatan

Tentunya gangguan kesihatan dapat mengganggu ingatan. Sebuah penelitian menunjukan bahawa dalam tempoh 25 tahun, lelaki penderita hipertensi akan kehilangan kemampuan kognitif hingga dua kali ganda dibandingkan lelaki bertekanan darah normal. Penelitian juga menunjukkan bahwa pada usia 70-an, seseorang tidak akan mudah mengalami penurunan kemampuan kognitif jika mereka tetap aktif secara fizikalnya.



8. Cukup tidur

Kurang tidur dapat mengurangkan kemampuan seseorang untuk mengingat informasi yang kompleks. Penelitian di Universiti de Lille, Perancis, mengindikasikan bahawa otak memerlukan tidur untuk mempertahankan kemampuan mengingat informasi yang kompleks.



9. Tidur nyenyak

Tidur malam yang nyenyak, sangat baik untuk ingatan anda. Penelitian menunjukkan, orang yang terbangun ketika sedang bermimpi tidak mampu mengolah memori dari hari sebelumnya. Jadi, ia mudah lupa.



10. Istirahat cukup

Istirahat yang cukup amat penting supaya otak berfungsi secara maksimum, otak memerlukankan istirahat untuk mengendapkan dan mengkonsolidasikan ingatan. Istirahat yang diperlukankan otak bervariasi, bergantung pada kerumitan dan kebaruan informasi, serta pengalaman orang yang bersangkutan. Cara yang baik adalah memberi waktu istirahat otak 3 hingga 10 minit setelah otak beraktiviti selama 10 hingga 50 minit.



11. Kembangkan sikap mental positif

Gantilah setiap sikap mental negatif atau kritik terhadap diri sendiri menjadi sikap yang positif, kerana hal itu akan menimbulkan rasa keyakinan diri yang berpengaruh positif terhadap daya ingat.



12. Mengawal tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.



13. Elakkan kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.


14. Gizi makanan seimbang

Pilih makanan yang rendah lemak dan rendah kalori, serta memperbanyak minum air putih. Air putih dapat membantu pencernaan dan pernafasan, meningkatkan kapasiti pembawaan oksigen dalam darah, serta mempertahankan kesihatan sel.



15. Berhati – hati dengan pengambilan vitamin atau makanan tambahan

Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan



16. Awasi pengambilan ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.



17. Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan. Fokuskanlah segenap perhatian terhadap hal-hal yang penting di dalam memori anda bila anda sedang beristirahat dan rileks. Kalau anda mencuba mengingat sesuatu pada saat anda sedang lelah, maka besar kemungkinan anda akan kecewa.



18. Alihkan diri anda

Belajarlah berkonsentrasi di tengah-tengah kebisingan. Cubalah membaca buku dengan radio berbunyi nyaring. Cubalah menonton dua televisyen sekaligus. Kemudian cubalah mengingat apa yang anda baca, lihat dan dengar. Hal ini akan mengajar anda, bagaimana mengabaikan yang tidak penting dan langkah penting meningkatkan daya ingat anda.



19. Minat dan kepentingan

Salah satu hal yang membuat kita memiliki daya ingat yang baik adalah adanya minat. Seorang setiasusaha yang mencintai pekerjaannya dapat mengingat puluhan nama dan nombor telefon orang-orang yang biasa dihubunginya. Otak memiliki mekanisme automatik untuk melupakan hal-hal kurang penting dan otak cuma mengingat hal-hal yang kita perhatikan secara khusus.


20. Libatkan emosi

Peningkatan ingatan tentang suatu kejadian terkait erat dengan peningkatan emosi. Pengalaman yang melibatkan emosi akan lebih mudah diingat daripada pengalaman biasa.



21. Kembangkan ketajaman indera

Cubalah praktikkan ketrampilan pengamatan dan belajar memperhatikan sesuatu dengan menggunakan seluruh indera kita terutamanya penglihatan dan pendengaran. Jika ingin mengingat sesuatu, berhentilah sejenak, perhatikan dan catat apa yang ingin kita lihat dan dengar.



22. Berbicara sendiri

Kita juga boleh berbicara sendiri tentang sesuatu yang kita rencanakan. Misalnya, "Saya harus membeli susu dalam perjalanan pulang nanti." Juga tentang sesuatu yang telah kita lakukan. Misalnya, "Saya telah mengunci pintu." Mungkin kedengarannya agak pelik, tapi terbukti sangat efektif. Di sini telinga kita menguatkan ingatan kita. Tapi ingat, mengucapkannya tidak perlu secara kuat supaya tidak menimbulkan pertanyaan di benak orang.



23. Mencatat

Catatlah hal-hal penting dalam aktiviti anda, kemudian camkan baik-baik. Menghafalkan sesuatu secara tertulis banyak membantu mengembalikan daya ingat anda.

24. Merinci maklumat
Rincilah menjadi beberapa unit dan sub kategori lebih kecil yang benar-benar dapat dilaksanakan sebelum mengingatnya. Untuk belajar menghafalkan nama-nama ibukota dari dua puluh negara, rincilah negara-negara itu menjadi lima kelompok yang masing-masing terdiri dari empat negara, atau enam kelompok yang terdiri dari tiga negara dari satu kelompok yang terdiri dari satu negara.


25. Menata fikiran

Membentuk urutan informasi (mengelompokkan informasi) akan membuat sesuatu lebih mudah diingat. Ini juga akan mempermudah otak untuk mengingat kembali apa yang telah dipelajari dan diketahui.



26. Mnemonics

Untuk mengingat daftar pendek nama atau barang yang akan dibeli, pilih huruf pertama setiap perkataan. Kalau Anda perlu membeli sikat, hanger, oren dan penyapu. Ingatlah SHOP.



27. Sistem rumusan atau kod

Susunlah berbagai gagasan yang harus dipelajari di dalam suatu sistem rumusan atau kod untuk lebih mudah mengingatnya. Misalnya, cara belajar lima langkah yang disebut SQ3R yaitu Survey (penelitian), Question (pertanyaan), Read (membaca), Recite (mengulang-ulang) dan akhirnya Review (memeriksa).

28. Bayangkan dan kaitkan
Jika anda sulit mengingat nama, cubalah membayangkan. Kaitkan nama orang dengan suatu idea, simbol, orang, benda atau perbuatan, kemudian buat gambaran mental benda itu. Untuk mengingat nama Neil, misalnya, bayangkan orang yang sedang mengail. Pembentukan irama juga dapat memperkuat hubungan. Jika Larry memilki janggut, cubalah mengingatnya sebagai "Hairy Larry."

29. Peta minda
Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan unuk mendapatkan maklumat daripda ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Ada juga yang mengatakan bahawa penggunaan peta minda akan menambahkan perseimbangan otak kiri dan otak kanan kerana prta minda merangkumi semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria, dan sebagainya dalam usaha keseluruhan.


30. Katakan berulang kali

Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut. Bila kita membaca sesuatu, yang dapat kita ingat hanya sekitar 20%. Dengan mengulangi pembacaan keesokan harinya, lalu minggu berikutnya, sebagian besar informasi yang kita baca akan kita ingat.



31. Permainan

Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.



32. Bermain dengan angka

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.


33. Latihan mental
Penelitian menunjukkan bahwa rangsangan mental dapat menjaga otak sehat dan
meningkatkan kekuatan daya ingat. Orang yang memiliki daya ingat yang baik cenderung memiliki pelbagai keinginan dan dapat mengatasi tentangan latihan mental. Latihan mental dapat menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya.


34. Tentanglah diri sendiri

Otak memproduksi senyawa kimia neurotransmitter yang membawa maklumat antara sel yang terlibat dalam ingatan. Ketersediaan neurotransmitter ini akan meningkat apabila otak sering digunakan untuk menyelesaikan tentangan yang menuntut pemecahan masalah.



35. Banyak membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.



36. Belajar sesuatu yang baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya

Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.




37. Belajar mengikut tahap waktu.

Jalankan proses belajar dalam beberapa tahap waktu. Mulailah untuk setiap tahap baru dengan memeriksa apa yang telah anda ingat sebelumnya agar hal-hal itu dapat terbentuk lebih kuat di dalam memori.



38. Memanfaatkan waktu terluang

Manfaatkan waktu-waktu terluang, misalnya pada saat anda tengah menunggu bas, untuk mengingat-ingat sesuatu. Bawalah buku catatan kecil di dalam saku agar anda dapat merujuk kembali dengan lebih mudah dan cepat apa-apa yang perlu anda ingat.


39. Mendengar muzik klasik

Menurut Dr. Frances Ranscher dan Dr. Gordon Show, peneliti dari Universiti California, AS, orang yang sering mendengarkan muzik klasik akan mengalami peningkatan kemampuan penalaran. Menurut penulis The Mozart Effect, Don Campbell, mendengarkan muzik klasik juga akan membantu ingatan dan pembelajaran.




~ Moga-moga tajuk ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca ~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

Isnin, 14 Mac 2011

::4 Kuadran Pembahagian Masa::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
1. PENTING dan SEGERA
Ini adalah tugas yang mesti dilaksanakan pada masa itu juga atau pada jangka waktu yang terdekat. Contohnya, ketua pejabat memintakita menyerahkan kerja pada pukul 10 pagi esok atau pensyarah meminta kita menyerahkan tugasan jam 1 petang nanti. Selalunya, kita dapat melaksanakan tugas dalam kategori ini dengan tepat. Kita mampu melaksanakannya dengan baik kerana didorong oleh kesegeraan dan kepentingannya. Jadi, masalah pengurusan masa kita selalunya tidak berlaku di sini.

2. PENTING tetapi tidak SEGERA
Perhatian dan kejayaan melaksanakan tugas dalam kategori kedua inilah yang membezakan antara individu yang berkesan dan yang tidak berkesan. Ya, kebanyakan perkara-perkara penting dalam kehidupan kita ini tidak termasuk dalam kategori "segera".
Kerja atau tugas dalam kategori ini berada di tahap sama ada  boleh dilakukan sekarang atau ditangguhkan pada satu waktu kemudian. Dan dalam banyak keadaan, selalunya perkara-perkara penting ini ditangguhkan terus (dan tidak pernah dilaksanakan langsung!). Itulah perkara-perkara yang tidak selalu berada di sekelilinh kita.
Contoh perkara-perkara dalam kategori ini ialah menghadiri program pengajian untuk menghayati solat, puasa dan akhlak kita, kursus yang perlu dihadiri untuk mempertingkatkan profesional., projek-projek baru yang perlu dikemukakan kepada bos kita, diet atau senaman yang perlu dimulakan, penyimpanan wang untuk mengerjakan haji dan lain-lain.
Walaupun semua perkara di atas sangat penting dan mesti dilaksanakan segera, dan jika kita gagal melaksanakannya bererti ibadah, kesihatan, kewangan, kerjaya dan kebajikan keluarga kita akan terjejas tetapi di situlah selalunya terjadi penangguhan.
Melaksanakan tugas dalam kategori inilah perlukan ketegasan. Dan selagi aktiviti hidup kita berpusat (atau terikat) dengan keutamaan-keutamaan orang lain atau pada sistem kerja yang meletakkan "kesegeraan" pada perkara-perkara lain, maka selamanya kita tidak akan dapat mengatur dan melaksanakan kerja mengikut keutamaan.
Tindakan yang mesti dibuat ialah "menyegerakan" perkara yang tidak segera ini kerana kepentingannya. Mungkin ini akan menyibukkan kita, tetapi kesibukan itu akan menambah keberkesanan kita. Ia akan mengelakkan "pengangguran" masa. Inilah juga yang akan mendisiplinkan hidup kita.

3. SEGERA tetapi TIDAK PENTING
Perkara atau kerja dalam kategori ini selalunya menuntut tindakan yang segera tetapi jika tidak diteliti secara objektif perkara ini sebenarnya kurang utama. Contohnya, kita diajak untuk menghadiri satu pertemuan, diminta berceramah secara tiba-tiba atau seseorang mengajak kita menemaninya membeli belah.

Kita mungkin telah menyedari bahawa perkara-perkara ini sepatutnya kurang diberi keutamaan, tetapi seseorang sedang menanti di hadapan meja kita atau di hujung talian telefon untuk mendapat jawapan. Akhirnya , kita bersetuju juga kerana kita tidak 'mampu' mencari alasan yang baik dan manis untuk menolaknya.


4. TIDAK SEGERA dan TIDAK PENTING
Kerja atau aktiviti di kuadran ini lebih tepat dinamakan kerja "menyibuk" atau pinggiran. Banyak perkara atau tugas pinggiran yang dilihat ada manfaatnya jika dilakukan tetapi sebenarnya ia tidak penting dan tidak segera. Kedudukannya, perkara ini tidaklah penting dan tidaklah segera. Tetapi ia kelihatan OK.
Malangnya, kita sering melakukannya lebih dahulu daripada perkara-perkara yang lebih penting dan utama kerana sifatnya yang diversionary, yakni memberi kita perasaan yang kita sedang aktif (sibuk) dan rasa telah memenuhi tugas sekali gus memberi kita alasan untuk menangguhkan pelaksanaan perkara-perkara dalam kategori ke-2 (penting tetapi tidak segera).
Contohnya, kita sedang ke pejabatnya pada hari Sabtu untuk melakukan kerja-kerja yang ditangguhkannya sebelum itu. Tetapi kemudiannya kita teransang untuk menguruskan bahan-bahan yang agak tidak tersusun di atas meja. Sambil melakukan pekerjaan itu, dia merasakan ada juga baiknya ia meluruskan laci-laci mejanya. Akhirnya, dia menghabiskan seluruh waktu pagi hari itu dengan mengatur laci dan fail.
Dalam hati kita mungkin rasa bersalah dan tidak puas hati kerana tidak berjaya melaksanakan kerja yang hendak dilakukan, tetapi hati kita cepat memberi alasan untuk mententeramkan diri sendiri dengan justifikasi bahawa kita sebenarnya sibuk melakukan perkara yang bermanfaat juga.
Padahal hakikatnya, kita telah "mempermainkan" dirinya sendiri (atau boleh dikatakan juga menipu diri sendiri) kerana melakukan kerja-kerja yang tidak penting, hanya untuk memberi alasan baginya untuk terus menangguhkan kerja-kerja yang jauh lebih penting seperti yang dirasakan lebih awal. Ingatlah :
"Musuh kepada perkara-perkara yang terbaik biasanya ialah perkara-perkara yang baik".



*Dipetik daripada Majalah Solusi Isu # 5.

~Moga-moga tajuk ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua pembaca.~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

Khamis, 30 Disember 2010

::Tip-tip Mengenal Diri Mukmin Atau Munafik::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
  
Sesungguhnya orang mukmin itu tujuannya adalah di dalam solat dan berpuasa,



Sedangkan orang munafik disibukkan rakus dan panjang angan-angan.


Orang mukmin putus harapan dari setiap orang selain Allah.


Sedangkan orang munafik mengharapkan setiap orang kecuali Allah.

Orang mukmin menghulurkan hartanya kerana agama Allah.

Sedangkan orang munafik menghulurkan agamanya demi kepentingan hartanya.

Orang mukmin merasa aman dari semua orang kecuali dari Allah.

Sedangkan orang munafik takutkan semua orang kecuali kepada Allah.

Orang mukmin berbuat baik tetapi tetap menangis.

Sedangkan orang munafik berbuat jahat tapi masih boleh ketawa.

Orang mukmin suka menyendiri dan beruzlah.

Sedangkan orang munafik suka bercampur serta mengikut rombongan.

Orang mukmin menanam dan khuatir akan kerosakannya.

Sedangkan orang munafik mencabut dan mengharapkan hasil tuaiannya.

Orang mukmin memerintah dan melarang kerana agama serta mengerjakan kebaikan.

Sedangkan orang munafik melarang kerana kepimpinan serta memusnah,

Malahan dia menyuruh yang munkar dan menegah yang makruf.

• Madah Imam Al-Ghazali.

‘Bertanyalah orang yang berilmu sekiranya kamu tidak mengetahui’


~Moga-moga tajuk ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua pembaca.~

モハマド ジュワイディ ビン モハマド ジョハリ