Ahad, 29 Mei 2011
Selasa, 15 Mac 2011
::Manisnya Kemuliaan::
. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Setiap insan semestinya menyukai kemuliaan. Tidak ada seorang pun yang sukakan kehinaan. Itu adalah fitrah yang semulajadi wujud dalam diri seorang manusia. Walaupun kemuliaan itu sendiri adalah berbeza-beza maknanyadaripada satu individu dengan individu yang lain, tetapi apa yang pasti, semuanya cintakan kemuliaan. Mungkin kepada seorang pelajar, menjadi pelajar yang terbaik adalah satu kemuliaan baginya. Seorang bapa mungkin akan merasa mulia apabila anaknya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kemuliaan bagi seorang guru mungkin apabila anak-anak muridnya menghormatinya dan berjaya dalam hidup mereka. Kemuliaan ini mungkin pelbagai erti dan definisinya kepada seseorang, namun yang pasti semua orang akan menyukainya. Bahkan merupakan satu fakta untuk mencapai apa yang dirasakan sebagai satu kemuliaan. Bagi seseorang itu, manusia hampir sanggup melakukan apa sahaja. Segala daya usaha dan kesungguhan akan dikerah, keringat akan diperah hatta air mata dan darah pun sanggup ditumpah. Asalkan perkara yang dilihat sebagai satu kemuliaan itu akan dapat dicapai. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan kemuliaan, ia memerlukan ilmu.Apabila berkata soal ilmu ia pasti boleh dikaitkan dengan si pemberi ilmu sama ada ia merupakan seorang pelajar mahupun guru. Menjadi pelajar cemerlang pasti boleh dimiliki andai memperoleh keberkatan daripada seorang guru. Seringkali kita sebagai manusia sering lupa akan tanggungjawab sebagai pelajar. Tanpa kita sedari kata-kata dan perbuatan kita boleh menghiris hati dan perasaan seseorang guru. Biarpun guru itu tidak mengajar kita apatah lagi jika guru tersebut mengajar kita.
~ Moga-moga tajuk ini memberi manfaat kepada semua pembaca ~
Isnin, 14 Mac 2011
::4 Kuadran Pembahagian Masa::
. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي

1. PENTING dan SEGERA
Ini adalah tugas yang mesti dilaksanakan pada masa itu juga atau pada jangka waktu yang terdekat. Contohnya, ketua pejabat memintakita menyerahkan kerja pada pukul 10 pagi esok atau pensyarah meminta kita menyerahkan tugasan jam 1 petang nanti. Selalunya, kita dapat melaksanakan tugas dalam kategori ini dengan tepat. Kita mampu melaksanakannya dengan baik kerana didorong oleh kesegeraan dan kepentingannya. Jadi, masalah pengurusan masa kita selalunya tidak berlaku di sini.
2. PENTING tetapi tidak SEGERA
Perhatian dan kejayaan melaksanakan tugas dalam kategori kedua inilah yang membezakan antara individu yang berkesan dan yang tidak berkesan. Ya, kebanyakan perkara-perkara penting dalam kehidupan kita ini tidak termasuk dalam kategori "segera".
Kerja atau tugas dalam kategori ini berada di tahap sama ada boleh dilakukan sekarang atau ditangguhkan pada satu waktu kemudian. Dan dalam banyak keadaan, selalunya perkara-perkara penting ini ditangguhkan terus (dan tidak pernah dilaksanakan langsung!). Itulah perkara-perkara yang tidak selalu berada di sekelilinh kita.
Contoh perkara-perkara dalam kategori ini ialah menghadiri program pengajian untuk menghayati solat, puasa dan akhlak kita, kursus yang perlu dihadiri untuk mempertingkatkan profesional., projek-projek baru yang perlu dikemukakan kepada bos kita, diet atau senaman yang perlu dimulakan, penyimpanan wang untuk mengerjakan haji dan lain-lain.
Walaupun semua perkara di atas sangat penting dan mesti dilaksanakan segera, dan jika kita gagal melaksanakannya bererti ibadah, kesihatan, kewangan, kerjaya dan kebajikan keluarga kita akan terjejas tetapi di situlah selalunya terjadi penangguhan.
Melaksanakan tugas dalam kategori inilah perlukan ketegasan. Dan selagi aktiviti hidup kita berpusat (atau terikat) dengan keutamaan-keutamaan orang lain atau pada sistem kerja yang meletakkan "kesegeraan" pada perkara-perkara lain, maka selamanya kita tidak akan dapat mengatur dan melaksanakan kerja mengikut keutamaan.
Tindakan yang mesti dibuat ialah "menyegerakan" perkara yang tidak segera ini kerana kepentingannya. Mungkin ini akan menyibukkan kita, tetapi kesibukan itu akan menambah keberkesanan kita. Ia akan mengelakkan "pengangguran" masa. Inilah juga yang akan mendisiplinkan hidup kita.
3. SEGERA tetapi TIDAK PENTING
Perkara atau kerja dalam kategori ini selalunya menuntut tindakan yang segera tetapi jika tidak diteliti secara objektif perkara ini sebenarnya kurang utama. Contohnya, kita diajak untuk menghadiri satu pertemuan, diminta berceramah secara tiba-tiba atau seseorang mengajak kita menemaninya membeli belah.
Kita mungkin telah menyedari bahawa perkara-perkara ini sepatutnya kurang diberi keutamaan, tetapi seseorang sedang menanti di hadapan meja kita atau di hujung talian telefon untuk mendapat jawapan. Akhirnya , kita bersetuju juga kerana kita tidak 'mampu' mencari alasan yang baik dan manis untuk menolaknya.
4. TIDAK SEGERA dan TIDAK PENTING
Kerja atau aktiviti di kuadran ini lebih tepat dinamakan kerja "menyibuk" atau pinggiran. Banyak perkara atau tugas pinggiran yang dilihat ada manfaatnya jika dilakukan tetapi sebenarnya ia tidak penting dan tidak segera. Kedudukannya, perkara ini tidaklah penting dan tidaklah segera. Tetapi ia kelihatan OK.
Malangnya, kita sering melakukannya lebih dahulu daripada perkara-perkara yang lebih penting dan utama kerana sifatnya yang diversionary, yakni memberi kita perasaan yang kita sedang aktif (sibuk) dan rasa telah memenuhi tugas sekali gus memberi kita alasan untuk menangguhkan pelaksanaan perkara-perkara dalam kategori ke-2 (penting tetapi tidak segera).
Contohnya, kita sedang ke pejabatnya pada hari Sabtu untuk melakukan kerja-kerja yang ditangguhkannya sebelum itu. Tetapi kemudiannya kita teransang untuk menguruskan bahan-bahan yang agak tidak tersusun di atas meja. Sambil melakukan pekerjaan itu, dia merasakan ada juga baiknya ia meluruskan laci-laci mejanya. Akhirnya, dia menghabiskan seluruh waktu pagi hari itu dengan mengatur laci dan fail.
Dalam hati kita mungkin rasa bersalah dan tidak puas hati kerana tidak berjaya melaksanakan kerja yang hendak dilakukan, tetapi hati kita cepat memberi alasan untuk mententeramkan diri sendiri dengan justifikasi bahawa kita sebenarnya sibuk melakukan perkara yang bermanfaat juga.
Padahal hakikatnya, kita telah "mempermainkan" dirinya sendiri (atau boleh dikatakan juga menipu diri sendiri) kerana melakukan kerja-kerja yang tidak penting, hanya untuk memberi alasan baginya untuk terus menangguhkan kerja-kerja yang jauh lebih penting seperti yang dirasakan lebih awal. Ingatlah :
"Musuh kepada perkara-perkara yang terbaik biasanya ialah perkara-perkara yang baik".
*Dipetik daripada Majalah Solusi Isu # 5.
~Moga-moga tajuk ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua pembaca.~
Khamis, 30 Disember 2010
::Tip-tip Mengenal Diri Mukmin Atau Munafik::
. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي

Sesungguhnya orang mukmin itu tujuannya adalah di dalam solat dan berpuasa,
Sedangkan orang munafik disibukkan rakus dan panjang angan-angan.
Orang mukmin putus harapan dari setiap orang selain Allah.
Sedangkan orang munafik mengharapkan setiap orang kecuali Allah.
Orang mukmin menghulurkan hartanya kerana agama Allah.
Sedangkan orang munafik menghulurkan agamanya demi kepentingan hartanya.
Orang mukmin merasa aman dari semua orang kecuali dari Allah.
Sedangkan orang munafik takutkan semua orang kecuali kepada Allah.
Orang mukmin berbuat baik tetapi tetap menangis.
Sedangkan orang munafik berbuat jahat tapi masih boleh ketawa.
Orang mukmin suka menyendiri dan beruzlah.
Sedangkan orang munafik suka bercampur serta mengikut rombongan.
Orang mukmin menanam dan khuatir akan kerosakannya.
Sedangkan orang munafik mencabut dan mengharapkan hasil tuaiannya.
Orang mukmin memerintah dan melarang kerana agama serta mengerjakan kebaikan.
Sedangkan orang munafik melarang kerana kepimpinan serta memusnah,
Malahan dia menyuruh yang munkar dan menegah yang makruf.
• Madah Imam Al-Ghazali.
‘Bertanyalah orang yang berilmu sekiranya kamu tidak mengetahui’
~Moga-moga tajuk ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua pembaca.~
Rabu, 29 Disember 2010
::Islam Agama Pertengahan::
. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Perbualan hari ini bermula dengan kesugulan dan keraguan. Penuh penyesalan yang tidak keruan.
"Aji, aku nak cakap sikitla", bisik sang teman nada keluhan.
"Kenapa? Ceritala kat aku. Meh cite meh..." balas saya cuba menenangkan keadaan.
"Aku rasa tak bersemangat la nak bawak dakwah ni... perangai aku tak elok, percakapan aku selalu menyakitkan hati orang..."
"Perangai tak elok? Yeke? Apa yang percakapan ko yang menyakitkan hati orang?" terkejut mendengar aduan begitu keluar dari mulut sang adam yang sopan dan lembut orangnya...
"Tak tahulah... sedar-sedar esoknya dah tak nak kawan aku dah. Tak nak cakap dengan aku dah..."
"Aik? Perempuan ke? Terlebih sensitive kot...???" cuba meneka dan menembak sahaja.
"Tak... Lelaki..." ada riak kecewa dan sedih di kerut wajahnya. Saya faham benar perasaan dan jiwanya, tak sanggup memalukan dakwah dengan kekurangan dan kekhilafannya. Tidak mahu memalukan Islam dengan ketidaksempurnaan dirinya. Tetapi dia terlalu rapuh untuk itu.
Namun di suatu sisi lain kehidupan seharian...
"Apa yang mereka ingin aku ubahkan? Apa yang ingin mereka tegurkan? Mereka tidak tahu cara nabi dan sahabat bukan hanya dengan kelembutan. Setiap insan punya kegemaran, kalau tidak gemar dengan cara aku janganlah dengar apa yang aku cakapkan. Pergilah cari insan dakwah yang penuh kelembutan! Aku begini dengan matlamat dan tujuan, bukan sengaja berdondang sayang meminta pujian!" tegas seorang teman penuh keyakinan.
"Bukan suruh jadi lembut dan tak kena cara, cuma jangan biar objek dakwah lari dari Islam kerana kekurangan dan kesilapan kita, itu sahaja..." nasihat saya buat orang agama.
Manusia ibarat pasir.
Boleh dijadikan sekeras dan setajam kaca.
Boleh juga dijadikan selembut dan se'gemalai' tanah liat.
Umat Islam umat pertengahan.
Kita Bukan Ekstrimis
Tiada istilah ekstrimis dalam agama.
"Hari ini aku rasa lebih 'feel' untuk beribadat, aku mahu menambah bilangan sujud dan rakaat!"
"Kita harus berpuasa setiap hari untuk mendapat keredhaan dan ruh ilbadah yang sejati"
"Kita harus membayangkan nama-nama Allah sebelum kita menyuap makanan ke mulut supaya kita makan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan tentang saudara-saudara kita yang kelaparan."
"Jika kau tidak mampu menandingi cinta Allah padaku, janganlah mengharapkan cinta dari diriku"
"Nabi manusia paling agung pun beribadat dengan banyak, maka aku harus beribadat tanpa henti untuk mendapat kasih sayang Allah."
"Aku mahu berpuasa dan tidak mahu berbuka."
"Aku mahu beribadah dan tidak mahu tidur."
"Aku ingin mentauhidkan Allah dan tidak mahu kahwin."
Namun sesungguhnya nabi kita pernah bersabda,
"Akulah orang yang paling takut dengan Allah, namun aku juga tidur dan berkahwin, barangsiapa yang membenci sunnahku, dia bukanlah dari kalanganku."
(Hadis Riwayat Muslim)
Sengaja Meringan-Ringankan
Berlebihan di dalam 'kekurangan' juga tidak digalakkan. Apatah lagi yang sengaja meringan-ringankan.
"Solat yang wajib je dahla, yang lain kan sunat
je..."
"Tidak perlulah kita menunjukkan kebaikan, bukankah Tuhan faham niat dan keikhlasan dalaman?"
"Orang-orang Palestin tak perlukan apa-apa pertolongan, cukuplah kita hanya sedekahkan doa harian."
"Nabi kan utusan Tuhan, mana boleh lawan... Buat biasa-biasa dahla, tak payahla nak alim sangat."
"Kalau Tuhan mahukan kebaikan dan kemenangan, Tuhan mampu buat dengan sekelip mata, kita doa dan serahkan sahaja pada Dia, apa yang nak di sibuk-sibukkan..."
"Syurga neraka kan dah ditentukan, apa yang nak dirisaukan. Kalau syurga, syurga juga. Kalau neraka, neraka juga, enjoy je la kehidupan selagi ada nyawa di badan."
"Percayalah pada Tuhan, kita pasti diberi kemenangan."
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka"
(Surah Ar-Ra'd, 11)
Setiap yang berlebihan itu pasti banyak keburukannya. Berlebihan dalam terasa, mahupun berlebihan dalam tidak terasa. Berlebihan dalam beramal, mahupun berkurangan dalam beramal.
Buat teman yang sedih dengan teguran tentang kekurangan dan kesilapan diri, anggaplah ia sebagai peringatan dan tauladan. Mungkin ada yang 'gentleman' dan berdepan memberi teguran, tapi mungkin juga ada yang 'kasar' dan suka memerli dalam menyampaikan. Namun itu semua lumrah dalam kehidupan insan, perlu diingatkan dan disampaikan.
Buat teman yang tidak selesa dengan teguran tentang kekurangan dan kesilapan diri, insaflah dengan bantuan iman. Jangan biarkan syaitan merasuk pemikiran, menghasut insan bangga dengan segala kelakuan.
Islam Agama Pertengahan
Semoga kita merendah diri dalam ketinggian ciptaan,
dan meninggi diri dalam mencontohi insan utusan!
~Moga-moga tajuk ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua pembaca.~
Sabtu, 18 Disember 2010
::70 Dosa-dosa Besar::
. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Mengikut Imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair", beliau cuba menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara :
1. Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
2. Bersaksi palsu
3. Berjudi
4. Bersumpah palsu dan bohong
5. Berbohong
6. Bergambar di baju (bila sembahyang)
7. Berperempuan pelacur
8. Berbuat buruk terhadap orang lemah
9. Berdebat dan memusuhi
10. Bersifat dayus
11. Bercakap kasar
12. Dusta nama Allah dan Rasul-Nya
13. Derhaka kepada suami
14. Derhaka pada hamba Allah anggap baik dirinya
15. Hakim derhaka
16. Homosex (sesama jenis)
17. Kurang timbangan
18. Lari seorang hamba dari tuannya
19. Lelaki menyerupai wanita
20. Lari dari medan perang di jalan Allah
21. Membunuh manusia
22. Membunuh diri sendiri
23. Mengamalkan sihir
24. Meninggalkan sembahyang lima waktu
25. Meninggalkan sembahyang Jumaat
26. Menderhaka kepada ibu bapa
27. Memustuskan hubungan silaturrahim
28. Melakukan zina
29. Makan harta anak yatim secara tidak betul
30. Makan dari kekayaan haram
31. Memberi rasuah dan mengamalkan rasuah
32. Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33. Makan dari kekayaan haram
34. Minum arak
35. Mencuri
36. Merompak
37. Melakukan kezaliman
38. Melakukan pengkhianatan
39. Menyebut-nyebut pemberian
40. Mengingkari janji
41. Memfitnah
42. Mengutuk orang Islam
43. Merasa aman dari kemurkaan Allah
44. Menipu harta rampasan
45. Melampaui batas
46. Menuduh zina terhadap orang baik
47. Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48. Mempercayai nujum dan sihir
49. Menjadi bapa sanggup
50. Mencari kesalahan orang lain
51. Mengganggu orang lain
52. Mengganggu tetangga
53. Menyakiti dan memaki orang Islam
54. Mengintip rahsia dan buka rahsia orang
55. Mencaci sahabat-sahabat Nabi
56. Mengurangi wasiat
57. Mengingkari takdir
58. Putus asa dari rahmat Allah
59. Penipuan kezaliman terhadap rakyat
60. Riak mempamerkan diri
61. Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62. Sombong serta angkuh
63. Sembelih untuk selain Allah
64. Tidak mengeluarkan zakat
65. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan
66. Tidak haji jikalau mampu
67. Tidak beristibrak kencing
68. Tidak mendengar cakap ibu bapa
69. Tipu daya
70. Wanita menyerupai lelaki
~Moga-moga tajuk ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua pembaca.~
Langgan:
Catatan (Atom)