Just want to tell everyone that ISLAM IS THE REAL WAY OF LIFE

Rabu, 24 November 2010

::Amalan Ayatul Kursi::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah S.A.W. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis serta menyebarkannya.

a) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insya-Allah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T.

b) mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah", sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak lapan kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

c) Syeikh Abu Abas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

d) Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

e) Sabda baginda lagi : "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat kemudian berwudhuk dan bersembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan kejahatan pembesar."

f) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad.

g) Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah darpada gangguan serta hasutan syaitan.

h) Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri dan menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

i) Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

j) Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

k) Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

l) Barangsiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang malaikat memeliharanya sehingga subuh.

m) Barangsiapa membacanya diakhiri setiap solat fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain.



*Dipetik daripada Dhiya’uddin SMAP Labu (4 Mac 2010)


~Moga-moga tajuk ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua pembaca.~

モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

0 comments:

Catat Ulasan