Just want to tell everyone that ISLAM IS THE REAL WAY OF LIFE

Isnin, 28 November 2011

::Buat Kebaikan Bukanlah Bebanan::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Perbualan ringkas antara A dan B di sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ;

*Petunjuk :
A - Orang Negeri Sembilan
B - Orang Terengganu
()- Maksud ayat


A : Aduih.. Den manjang fail jo dalam exam.
(Aduih.. Aku asyik-asyik gagal dalam peperiksaan.)
B : Mu tau dop yang mu dop cukup usaha.
(Kau tahu tak yang kau tu tak cukup usaha.)
A : Usaha? Konapo pulok den kono usaha lak? Den tengok orang lain rilek jo. Tak buek apo-apo pun sobolum exam hari tu tapi ok jo result.
(Usaha? Kenapa aku kena usaha pulak? Aku tengok orang lain rileks je. Tak buat apa-apa pun sebelum peperiksaan hari tu tapi ok je keputusan.)
B : Mungkin depang mu je die wak gitu. Kat dorm  die study. Usaha tangga kejayaang kang.
(Mungkin depan kau dia buat macam tu. Kat dorm dia belajar. Usaha tangga kejayaan kan.)
A : Mungkin jugak. Konapo den tak pornah terpikir macam tu. Anyway, terima kasih banyak-banyak.
(Mungkin juga. Kenapa aku tak pernah terfikir macam tu. Walaubagaimanapun, terima kasih banyak-banyak)
B : Sama-sama.
(Sama-sama)
*Perbualan ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan mana-mana sekolah. Segala kesalahan loghat harap dimaafi.

"Buat Kebaikan Bukanlah Bebanan", Ana rasa tajuk ini perlu kita ketengahkan kerana umat akhir zaman ini sering merasakan bahawa membuat kebaikan memerlukan banyak pengorbanan sehingga membebankan diri sendiri. Ya, memang tidak dinafikan bahawa beban akan kita terima sewaktu kita membuat kebaikan. Tiada yang mudah untuk memperoleh sesuatu yang kita idamkan. 


Contoh yang paling mudah yang kita semua boleh faham dan boleh ambil pengajaran adalah memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Ana percaya bahawa setiap manusia yang hidup di muka bumi Allah ini inginkan kejayaan dalam apa jua bidang. Untuk cemerlang dalam peperiksaan, kita tidak boleh hanya duduk relaks, melepak sana-sini serta membuat perkara yang sia-sia kerana ia tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada kita. Oleh itu, kita mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan sanggup melakukan apa sahaja untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik seperti mengulangkaji pelajaran, membuat 'study group',  membuat latihan topikal dan sebagainya.

Berdasarkan contoh di atas, kita perlu faham bahawa kejayaan tidak akan datang bergolek kerana Allah Subhanahu Wata'ala ingin melihat hambanya berusaha untuk memperoleh apa-apa yang diingini. Sebab itu, tiada jalan yang mudah untuk mendapat sesuatu yang kita impikan melainkan ada usaha ke arah itu. Ada pepatah Melayu yang mengatakan, "Usaha Tangga Kejayaan" dan ada juga Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda dalam hadithnya, "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina". Usaha yang dilakukan adalah kebaikan. 

Konklusinya,  membuat kebaikan bukanlah beban malah ia adalah satu aset yang akan mendatangkan manfaat kepada diri seorang hamba dengan syarat kebaikan yang dilakukan mestilah disertakan dengan keikhlasan. Allah Subhanahu Wata'ala pernah berfirman di dalam Al-Quran Al-Karim :

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". "
(Al-Baqarah 2:286)

Renung-renungkanlah wahai saudara-saudaraku.


~ Moga-moga tajuk ini memberi manfaat kepada semua pembaca ~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

Sabtu, 26 November 2011

::Salam Ma'al Hijrah 1433H::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.
Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Oleh itu, ana ingin mengajak kepada semua umat Islam marilah sama-sama kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala serta berhijrah ke arah yang lebih baik agar agama Islam tegak di persada dunia.

وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً ۚ وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 
(An-Nisaa' 4:100)



~ Moga-moga tajuk ini memberi manfaat kepada semua pembaca ~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

Rabu, 23 November 2011

::Iman Dan Taqwa, Bekalan Dunia Akhirat::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rasia mereka capai kejayaan


Seni lagu di atas dipetik daripada sebuah lagu yang bertajuk "Adakah Kau Lupa" dalam album Alami yang dan dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Alarm Me.

Kepada yang pernah mendengar lagu ini, pernahkah kita hayati seni kata lagu ini? Pernahkah kita mengamalkan amalan yang terdapat dalam seni lagu tersebut?

Jika anda perasan, ada dua perkataan yang ditebalkan tulisannya, iaitu KEIMANAN dan KETAQWAAN. Kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat dalam kehidupan seharian kita kerana kedua-dua perkara di atas membantu kita untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Allah Subhanahu Wata'ala pernah berfirman dalam Al-Quran Al-Karim,


إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
"Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa dalam kalangan kamu."
(Al-Hujurat ,49:13)

Umat akhir zaman kini sentiasa ingin dikenali ramai serta dipuji akan kelebihan yang ada padanya sehingga mereka lupa diri dan lupa kepada Allah Subhanahu Wata'ala yang telah mengurniakan kepadanya kelebihan-kelebihan tersebut. Tanyakan soalan kepada diri anda sendiri, "Adakah aku hanya inginkan kemuliaan di sisi manusia tetapi tidak pula di sisi Allah?"

Renung-renungkanlah wahai saudara-saudaraku.


~ Moga-moga tajuk ini memberi manfaat kepada semua pembaca ~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

Ahad, 6 November 2011

::Menjadi Orang Berilmu::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Ingin ana bawakan satu tajuk yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Ia merupakan perkara yang wajib dituntut oleh semua umat Islam. Ia adalah berkaitan dengan ILMU.

Bukan  mudah untuk menjadi orang yang berilmu, namun tidak sukar juga untuk mendalami ilmu pengetahuan sehingga menjadi ilmuan. Ia bergantung kepada diri sendiri, dalam masa yang sama di atas takdir Allah Subhanahu Wata’ala.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ انشُزُوا فَانشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
“Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat.”
(Surah Al-Mujadilah : Ayat 11)

Menjadi seorang yang berilmu adalah sebuah penghormatan dan kemuliaan. Banyak hadith dan firman Allah yang menggambarkan betapa tingginya darjat orang yang berilmu.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala :

وَمَا يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ وَلَا الظُّلُمَاتُ وَلَا النُّورُ وَلَا الظِّلُّ وَلَا الْحَرُورُ
“Dan tidaklah sama orang buat Dengan orang Yang Melihat. Dan tidaklah sama gelap-gelita Dengan cahaya Yang terang-benderang, Dan tidaklah sama suasana Yang teduh Dengan Yang kencang panasnya.”
(Surah Fathir : Ayat 19 – 21)

Berdasarkan ayat di atas, Allah menggambarkan orang yang berilmu seperti seorang yang celik matanya, manakala orang yang jahil seperti seorang yang buta matanya. Sungguh tinggi perumpamaan yang digambarkan Allah terhadap orang yang berilmu.

Hakikat kemuliaan dan tingginya darjat orang yang berilmu dikukuhkan lagi dengan sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sabda Baginda :

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan permudahkannya untuk masuk syurga. Malaikat akan mengepakkan sayapnya ke atas pencari ilmu, kerana mereka suka dengan apa yang dilakukannnya.”


Semua makhluk yang ada di langit dan bumi bahkan ikan di air juga sentiasa memohon keampunan bagi orang yang berilmu. Kelebihan orang yang alim mengatasi kelebihan ahli ibadah.




*Dipetik daripada Dhiya’uddin SMAP Labu (29 Januari 2010)


~Moga-moga tajuk ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua pembaca.~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

::Panduan Meningkatkan Daya Ingatan 2::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
FAKTOR YANG MELEMAHKAN MINDA

Antara penyebabnya :

· Makan kepala ikan.
· Organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
· Makan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
· Makan makanan ringan dan makanan segera.
· Makan berlebihan , makanan yang terlalu berlemak dan kandungan gula tinggi
· Makan bawang mentah
· Makan makanan atau buah yang masam secara kerap ( jeruk, asam )
· Pengambilan kafein yang terlalu banyak ( kopi, nestcafe )
· Minum antara suapan makan , maksudnya jangan minum sebelum anda selesai makan.
· Minum minuman bergas dan beralkohol
· Sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju , gusti , dan sebagainya. Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa . Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil ‘dopamin’akan berkurangan di dalam sel-sel otak . Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.
· Merokok
· Kepala terdedah kepada panas terik cahaya matahari antara pukul 10.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang.
· Tidur pada waktu asar
· Kurang tidur
· Tidur pada tengkuk ( belakang kepala )
· Fikiran runsing, stress dan hati sedih
· Melakukan maksiat dan dosa
· Tekanan darah tinggi



MAKANAN YANG BAIK UNTUK OTAK

Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. , kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat meningkatkan kekuatan otak dan sistem saraf kita. Banyak kajian yang menyatakan, pemilihan makanan yang tepat dapat meningkatkan kekuatan otak sehingga 50%. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -


· Buah – buahan ( anggur hitam, kurma, buah delima, blue berry )
· Sayur – sayuran ( lobak merah, halia )
· Ulam – ulaman ( pegaga, daun sadri, kemangi )
· Tumbuhan herba ( ginkgo biloba )
· Bijirin dan kekacang ( badam, walnut, kacang soya, kacang a’das, biji labu, kismis, habbatus sauda )
· Roti
· Air ( air mineral, air zam zam, madu, susu, air soya, kopi )
· Minyak ( minyak ikan, minyak zaitun, minyak rosemary, minyak sage )
· Ikan tuna
· Telur ayam
· Daging ayam
· Vitamin B ( Thiamine (B1), Niacin (B3), Pyridoxine (B6), Complex (B12) )

Apa yang penting, makanan tersebut mestilah halal, segar, baik, seimbang, tiada bahan pengawet, tiada perasa tiruan dan tiada pewarna tiruan.




~ Moga-moga tajuk ini memberi manfaat kepada semua pembaca ~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

::Pengorbanan Hari Raya Haji::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Eid-ul-Adha adalah salah satu daripada perayaan-perayaan khas yang disambut oleh umat Islam tanpa mengira hakikat bahawa mana-mana jua orang Islam, perayaan Eid-ul-Adha disambut dengan banyak semangat. Pada tahun ini ia jatuh pada hari ke-6 November, 2011.

Umat ​​Islam merayakan perayaan Eid-ul-Adha dalam kenangan kesediaan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya Ismail as kepada Allah. Pada Eid-ul-Adha Islam mengorbankan binatang ternakan mereka, seperti kambing, biri-biri, lembu, unta sebagainya korban haiwan ini dibuat oleh orang Islam untuk memberikan penghormatan kepada Nabi Ibrahim, kerana beliau bersedia untuk mengorbankan anaknya, tetapi Allah memberinya Biri-biri untuk korban.

Sambutan Eid-ul-Adha berlaku selepas Haji dan perayaan Eid-ul-Adha disambut pada hari kesepuluh bulan terakhir tahun Islam, Duhl-Hijja. Eid-ul-Adha dikenali melalui beberapa nama di seluruh dunia dan perayaan korban ini dirayakan selama beberapa hari di beberapa kawasan di negara ini. Ia dilihat bahawa umat Islam menyambut perayaan ini dengan keseronokan yang hebat tidak kira di mana mereka berada.

Bulan Islam bermula pada akhir hari, pada hari apabila bulan sabit mula berkuat pandangan selepas bulan baru yang boleh dilihat dengan mata kasar. Ia dilihat bahawa pemerhatian bergantung kepada beberapa faktor seperti:


  • Keadaan iklim semulajadi
  • Ketinggian bulan pada akhir hari
  • Jarak bulan kepada matahari semasa matahari terbenam
  • Masa antara matahari terbenam
  • Tahap pencemaran dalam atmosfera
  • Ketepatan mata penonton


Jadi penglihatan bulan di mana-mana tempat di bumi tidak boleh diramalkan lebih awal dan dengan itu perayaan Eid-ul-Adha ini dirayakan pada hari-hari yang berbeza di beberapa tempat di seluruh dunia.




~ Moga-moga tajuk ini memberi manfaat kepada semua pembaca ~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ