Just want to tell everyone that ISLAM IS THE REAL WAY OF LIFE

Selasa, 15 Mac 2011

::Manisnya Kemuliaan::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Setiap insan semestinya menyukai kemuliaan. Tidak ada seorang pun yang sukakan kehinaan. Itu adalah fitrah yang semulajadi wujud dalam diri seorang manusia. Walaupun kemuliaan itu sendiri adalah berbeza-beza maknanyadaripada satu individu dengan individu yang lain, tetapi apa yang pasti, semuanya cintakan kemuliaan. Mungkin kepada seorang pelajar, menjadi pelajar yang terbaik adalah satu kemuliaan baginya. Seorang bapa mungkin akan merasa mulia apabila anaknya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kemuliaan bagi seorang guru mungkin apabila anak-anak muridnya menghormatinya dan berjaya dalam hidup mereka. Kemuliaan ini mungkin pelbagai erti dan definisinya kepada seseorang, namun yang pasti semua orang akan menyukainya. Bahkan merupakan satu fakta untuk mencapai apa yang dirasakan sebagai satu kemuliaan. Bagi seseorang itu, manusia hampir sanggup melakukan apa sahaja. Segala daya usaha dan kesungguhan akan dikerah, keringat akan diperah hatta air mata dan darah pun sanggup ditumpah. Asalkan perkara yang dilihat sebagai satu kemuliaan itu akan dapat dicapai. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan kemuliaan, ia memerlukan ilmu.


Apabila berkata soal ilmu ia pasti boleh dikaitkan dengan si pemberi ilmu sama ada ia merupakan seorang pelajar mahupun guru. Menjadi pelajar cemerlang pasti boleh dimiliki andai memperoleh keberkatan daripada seorang guru. Seringkali kita sebagai manusia sering lupa akan tanggungjawab sebagai pelajar. Tanpa kita sedari kata-kata dan perbuatan kita boleh menghiris hati dan perasaan seseorang guru. Biarpun guru itu tidak mengajar kita apatah lagi jika guru tersebut mengajar kita.




~ Moga-moga tajuk ini memberi manfaat kepada semua pembaca ~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

0 comments:

Catat Ulasan