Just want to tell everyone that ISLAM IS THE REAL WAY OF LIFE

Isnin, 28 November 2011

::Buat Kebaikan Bukanlah Bebanan::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Perbualan ringkas antara A dan B di sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ;

*Petunjuk :
A - Orang Negeri Sembilan
B - Orang Terengganu
()- Maksud ayat


A : Aduih.. Den manjang fail jo dalam exam.
(Aduih.. Aku asyik-asyik gagal dalam peperiksaan.)
B : Mu tau dop yang mu dop cukup usaha.
(Kau tahu tak yang kau tu tak cukup usaha.)
A : Usaha? Konapo pulok den kono usaha lak? Den tengok orang lain rilek jo. Tak buek apo-apo pun sobolum exam hari tu tapi ok jo result.
(Usaha? Kenapa aku kena usaha pulak? Aku tengok orang lain rileks je. Tak buat apa-apa pun sebelum peperiksaan hari tu tapi ok je keputusan.)
B : Mungkin depang mu je die wak gitu. Kat dorm  die study. Usaha tangga kejayaang kang.
(Mungkin depan kau dia buat macam tu. Kat dorm dia belajar. Usaha tangga kejayaan kan.)
A : Mungkin jugak. Konapo den tak pornah terpikir macam tu. Anyway, terima kasih banyak-banyak.
(Mungkin juga. Kenapa aku tak pernah terfikir macam tu. Walaubagaimanapun, terima kasih banyak-banyak)
B : Sama-sama.
(Sama-sama)
*Perbualan ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan mana-mana sekolah. Segala kesalahan loghat harap dimaafi.

"Buat Kebaikan Bukanlah Bebanan", Ana rasa tajuk ini perlu kita ketengahkan kerana umat akhir zaman ini sering merasakan bahawa membuat kebaikan memerlukan banyak pengorbanan sehingga membebankan diri sendiri. Ya, memang tidak dinafikan bahawa beban akan kita terima sewaktu kita membuat kebaikan. Tiada yang mudah untuk memperoleh sesuatu yang kita idamkan. 


Contoh yang paling mudah yang kita semua boleh faham dan boleh ambil pengajaran adalah memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Ana percaya bahawa setiap manusia yang hidup di muka bumi Allah ini inginkan kejayaan dalam apa jua bidang. Untuk cemerlang dalam peperiksaan, kita tidak boleh hanya duduk relaks, melepak sana-sini serta membuat perkara yang sia-sia kerana ia tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada kita. Oleh itu, kita mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan sanggup melakukan apa sahaja untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik seperti mengulangkaji pelajaran, membuat 'study group',  membuat latihan topikal dan sebagainya.

Berdasarkan contoh di atas, kita perlu faham bahawa kejayaan tidak akan datang bergolek kerana Allah Subhanahu Wata'ala ingin melihat hambanya berusaha untuk memperoleh apa-apa yang diingini. Sebab itu, tiada jalan yang mudah untuk mendapat sesuatu yang kita impikan melainkan ada usaha ke arah itu. Ada pepatah Melayu yang mengatakan, "Usaha Tangga Kejayaan" dan ada juga Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda dalam hadithnya, "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina". Usaha yang dilakukan adalah kebaikan. 

Konklusinya,  membuat kebaikan bukanlah beban malah ia adalah satu aset yang akan mendatangkan manfaat kepada diri seorang hamba dengan syarat kebaikan yang dilakukan mestilah disertakan dengan keikhlasan. Allah Subhanahu Wata'ala pernah berfirman di dalam Al-Quran Al-Karim :

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". "
(Al-Baqarah 2:286)

Renung-renungkanlah wahai saudara-saudaraku.


~ Moga-moga tajuk ini memberi manfaat kepada semua pembaca ~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

0 comments:

Catat Ulasan