Just want to tell everyone that ISLAM IS THE REAL WAY OF LIFE

Rabu, 21 Disember 2011

::Islam Hanya Pada Nama::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Manusia adalah satu-satunya makhluk Allah Subhanahu Wata'ala yang paling sempurna di muka bumi ini. Dilahirkan dengan adanya semua pancaindera yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian sesempurna yang mungkin. Setiap ibu bapa pula akan memberikan nama kepada anak mereka yang baru dilahirkan. Mereka memberikan nama yang terbaik kepada anak mereka dengan harapan agar anak tersebut menjadi sepertimana maksud nama yang diberikan. Ada juga yang inginkan nama yang 'sedap-sedap' untuk anak mereka. Tetapi yang pasti, nama yang diberikan adalah yang bermakna bagi mereka.

Namun, akhir-akhir ini, manusia bergelar Islam tidak pernah memahami dan menghayati erti nama yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka. Oleh kerana mereka tidak hayati erti nama mereka, mereka akan bertindak mengikut kehendak mereka tanpa mengikut peraturan agama yang perlu dipatuhi. Ini kerana takrifan nama yang diberikan kepadanya kebanyakannya ada kaitan dengan Islam. Jika mereka tidak menghayati erti nama merka maka mereka tidak akan bertindak sepertimana yang dikatakan Islam itu. Golongan inilah yang dikatakan ISLAM HANYA PADA NAMA.

Nama fetival dah sedap, Islamic Fashion Festival tetapi tidak tutup aurat.

Golongan ini boleh dikatakan golongan majoriti dalam kalangan umat Islam akhir zaman ini. Jika kita lihat, seringkali berlaku gejala-gejala dan sifat-sifat negatif seperti mencuri, berzina, minum arak, 'clubbing', buang anak, aurat tidak dipelihara dengan sempurna, derhaka kepada kedua ibu bapa dan sebagainya dan golongan yang terlibat adalah yang bergelar Islam.


Ini menunjukkan bahawa rendahnya Iman mereka sepertimana yang disabdakan oleh junjungan besar, Nabi Allah Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu yang bermaksud ;

"Seseorang yang hendak berzina , tidak akan melakukan zina itu semasa dia berkeadaan sempurna imannya, dan seseorang itu hendak minum arak, tidak akan minum arak itu semasa dia berkeadaan sempurna imannya,, dan seseorang yang hendak mencuri, tidak akan melakukan perbuatan itu semasa dia berkeadaan sempurna imannya."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini menunjukkan bahawa Iman itu dapat mencegah seseorang itu daripada melakukan perbuatan mungkar. Jadi, ingatlah semua yang bergelar Islam, hargailah nama  yang telah diberikan oleh ibu bapa anda kerana nama yang mereka berikan bukanlah nama yang tidak bermakna malah ia adalah yang terbaik untuk diri anda sendiri. Saya ingin menyeru kepada semua yang bergelar Muslim agar anda senantiasa bertindak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dalam apa jua keadaan. Moga-moga kita tergolong ke dalam golongan yang senantiasa mendapat rahmat Allah Subhanahu Wata'ala. Amin.




~ Moga-moga tajuk ini memberi manfaat kepada semua pembaca ~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

0 comments:

Catat Ulasan