Just want to tell everyone that ISLAM IS THE REAL WAY OF LIFE

Khamis, 22 Disember 2011

::Peperiksaan Dunia Dan Peperiksaan Akhirat::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Buat pertama kalinya, ana ingin ucapkan tahniah kepada semua calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2011 kerana berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Tidak dapat ana nafikan bahawa keputusan PMR tahun ini adalah lebih baik daripada daripada tahun lepas. Ucapkanlah syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala yang telah mengurniakan kepada anda (calon PMR 2011) kejayaan yang cemerlang ini.


Nampaknya peperiksaan di dunia kita sudah berjaya hadapi dengan cemerlang. Bagaimana pula dengan peperiksaan akhirat? Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi peperiksaan akhirat nanti? Adakah pasti kita akan berjaya pada peperiksaan akhirat kelak dengan adanya keputusan yang cemerlang peperiksaan dunia? Mari kita renung sama-sama.

Allah Subhanahu Wata'ala ada berfirman di dalam Al-Quran ;


الم ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. 


(Al-Baqarah 2:1-5)

Ayat-ayat Al-Quran di atas menerangkan tentang antara ciri-ciri orang yang bertaqwa dan berjaya iaitu beriman kepada perkara-perkara ghaib, mendirikan solat, membelanjakan rezeki yang telah Allah berikan kepadanya, beriman kepada Al-Quran dan kitab-kitab samawi yang lain.


Daripada ciri-ciri yang telah disenaraikan oleh Allah itu, satu daripadanya adalah perkara yang pertama yang akan dihisab oleh Allah Subhanahu Wata'ala iaitu solat. Pepatah ada mengatakan, 'Solat itu tiang agama'. Mengapa dikatakan solat itu tiang agama? Mari kita buat satu andaian. Ada sebuah bangunan didirikan hanya dengan beberapa batang tiang, nescaya kestabilan bangunan tersebut bergantung kepada tiang-tiang tersebut. Jika salah satu daripadanya tiada, maka runtuhlah bangunan tersebut. Sama juga seperti solat. Jika solat tidak ditunaikan, hidup seseorang itu tidak akan sempurna.

Berbalik kepada tajuk yang tertera iaitu PEPERIKSAAN DUNIA DAN PEPERIKSAAN AKHIRAT. Apa kaitan peperiksaan dunia dengan peperiksaan akhirat? Sebenarnya tiada kaitan. Cuma ingin ana ingatkan bahawa peperiksaan akhirat juga penting di samping peperiksaan dunia. Jikalau solat kita cemerlang, maka peperiksaan akhirat kita akan cemerlang dan akhirnya kita tergolong di dalam golongan orang yang berjaya sepertimana yang difirmankan oleh Allah di dalam ayat di atas. Kejarlah kecemerlangan akhirat yang kekal abadi dan janganlah pula hanya kejar kecemerlangan dunia yang sementara sahaja.


Jadilah kita orang yang cemerlang pada peperiksaan dunia dan peperiksaan akhirat.


~ Moga-moga tajuk ini memberi manfaat kepada semua pembaca ~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

0 comments:

Catat Ulasan