Just want to tell everyone that ISLAM IS THE REAL WAY OF LIFE

Jumaat, 9 Disember 2011

::Realiti Islam Akhir Zaman::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Islam adalah sebuah agama yang senantiasa menitikberatkan nilai-nilai yang baik di dalamnya. Penganut-penganutnya sering diajar dengan perkara-perkara yang mulia yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian. Mereka juga sering disibukkan dengan aktiviti yang boleh mendatangkan kemuliaan serta kesejahteraan kepada mereka di dunia mahupun di akhirat kelak. Dengan itu, mereka tidak akan mensia-siakan masa terluang mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Namun begitu, perkara-perkara tersebut hanya diamalkan pada zaman Rasul Allah Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam, zaman para sahabat, zaman tabi'in dan tabi' tabi'in. Umat Islam zaman kini tidak seperti dulu. Apa yang amalan pernah diamalkan pada zaman Rasul Allah Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam, zaman para sahabat, zaman tabi'in dan tabi' tabi'in ditinggalkan. Akhlak yang mulia serta sifat yang mahmudah sering dijadikan bahan mainan. Ibadah yang wajib dilaksanakan sering diabaikan. Kebanyakannya Islam hanya pada nama.

Ini yang dikatakan oleh Nabi Muhammad Sallahu 'alaihi Wasallam di dalam hadithnya yang bermaksud ;

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat Radhiallahu 'anhu pun bertanya ;

"Apakah pada ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Baginda menjawab ;

"Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di lautan."

Saksikan video ini. Video ini menunjukkan betapa runtuh dan mundurnya Islam zaman ini yang pernah dibangunkan oleh Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi Wassallam pada suatu ketika dahulu.


*Sila tekan butang 'pause' sebentar pada 'music player' di bawah sebelum mula menonton.



Ambillah iktibar daripada video tersebut. Sesungguhnya Islam adalah satu-satunya agama yang benar di sisi Tuhan. Allah Subhanahu Wata'ala ada berfirman dalam Al-Quran Al-Karim ;


إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya."
(A-li'Imraan 3:19)

Jadi, apa tunggu lagi? Adakah anda hanya ingin membiarkan agama yang anda anuti ini yakni Islam mundur? Adakah anda hanya ingin menjadi seperti buih di lautan sepertimana yang dinyatakan oleh Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam?
Wahai saudara-saudara Islamku sekalian, bangkitlah daripada kejatuhan. Marilah sama-sama kita menegakkan kalimah yang paling agung iaitu kalimah "La ilaha illallah, Muhammadu Rasulullah".





~ Moga-moga tajuk ini memberi manfaat kepada semua pembaca ~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

0 comments:

Catat Ulasan