Just want to tell everyone that ISLAM IS THE REAL WAY OF LIFE

Selasa, 6 Disember 2011

::Zikrullah Penenang Jiwa::

. بسم الله الرحمن الرحيم ، أول كلامي
Manusia inginkan kedamaian dan ketenangan. Banyak usaha yang telah dibuat oleh akal manusia untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Antaranya ialah dengan meluahkan perasaan kepada pihak yang sanggup menerima pengaduan serta mendengar segala permintaan. Beberapa sistem meditasi telah diperkenalkan tetapi kebahagiaan dan kedamaian tidak juga diperolehi.

Setelah manusia mencapai satu tahap tamadun yang tinggi maka penyelesaian hampir diperolehi menerusi latihan yang dibuat dalam bentuk pemusatan pemikiran. Dengan wujudnya latihan pemusatan pemikiran maka beberapa masalah tekanan jiwa secara beransur-ansur dapat diatasi. Unsur pemusatan pemikiran itulah yang terdapat dalam satu amalan yang digalakkan  terhadap umat Islam yang dikenali sebagai ZIKIR.

Islam menggalakkan amalan zikir. Al-Quran ada menyebut beberapa kali tentang pentingnya berzikir dan yang paling jelas ialah sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Al-Baqarah, ayat 152 :

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)."
(Al-Baqarah 2:152)

Zikir sebenarnya bukan sahaja merupakan pengucapan atau ungkapan yang dikenali dengan nama Tahlil, Tahmid, Takbir dan Tasbih malah juga termasuk dalam setiap jenis amalan yang dilakukan untuk mentaati Allah Subhanahu Wata'ala. Pada lahirnya ia muncul dalam bentuk pergerakan lidah dan restu daripada hati.



Antara objektif zikir adalah :

1. Menyusuri nikmat-nikmat Allah yang telah dikurniakan.
2.  Untuk mendampingi Allah.
3. Mengamalkan zikir-zikir yang ma'thurah (amalan-amalan Rasulullah dan para sahabat)

Zikir terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :


1. Zikir dengan lidah seperti bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, berselawat dan membaca Al-Quran. 
2. Zikir dengan hati iaitu memikirkan dan mengingati dengan hati tentang kebesaran dan kekuasaan Allah seperti kejadian langit dan bumi.
3. Zikir dengan menunaikan segala bentuk ketaatan seperti mengerjakan ibadah solat, puasa, haji, berjalan ke tempat-tempat ibadat dan majlis-majlis ilmu.

Unsur-unsur yang terkandung dalam zikir pula adalah :
1. Puji-pujian dan doa kepada Allah.
2. Istighfar dan memohon sesuatu kepada Allah.
3. Bacaan beberapa potong ayat Al-Quran (unsur inilah yang paling digalakkan).

Kaedah zikir yang boleh diguna pakai adalah :
1. Hendaklah diusahakan dengan seberapa yang boleh untuk memusatkan fikiran dan perasaan hanya kepada Allah.
2. Meneguhkan keyakinan terhadap kesediaan Allah menerima amalan-amalan yang dilakukan
3. Menanam keyakinan bahawa Allah tidak mengenepikan permintaan dan harapan.
4. Menyatakan segala sebutan dengan terang dan jelas.
5. Menggunakan suara yang sederhana.


~ Moga-moga tajuk ini memberi manfaat kepada semua pembaca ~
モハマド  ジュワイディ  ビン  モハマド  ジョハリ

0 comments:

Catat Ulasan